ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Thursday, June 19, 2014

Muhasabah (episod 101)

Ayahanda pernah berpesan,
"Walau apa pun yang kita buat, ingat.. Allah sentiasa ada.. Dia Maha Melihat dan Dia Maha Tahu.."

Kata-kata ni sepatutnya jadi panduan setiap kali nak buat sesuatu. Sebab hanya dengan iman dan yakin yang sebenar-benar yakin, segala amal perbuatan mahupun percakapan dapat terjaga dan terpelihara.

Indeed, tak ada perkara yang boleh kita rahsiakan daripada Allah, walaupun kita mampu bersembunyi dan menipu seluruh dunia sekalipun.

Pernah dengar kisah seorang pengembala kambing di padang pasir? Betapa keimanan dan keyakinan beliau telah memelihara beliau daripada berlaku khianat.

Itulah contoh keyakinan sebenar seorang hamba yang taat pada Tuhannya.

Dan sepatutnya kita bukan hanya mengagumi sikap beliau, tapi cuba mencontohi sikap tersebut dan jadikan kekuatan keyakinan tu sebagai pegangan.

InsyaAllah.

Wallahu a'lam (sesungguhnya Allah Maha Mengetahui).

5 comments:

███۞███████ ]▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▃ ▂▄▅█████████▅▄▃▂ I███████████████████]. ◥⊙▲⊙▲⊙▲⊙▲⊙▲⊙▲⊙◤... said...

mcm pernah dengar cite
pngembala tu, tp dimana ya?

lagi pn kan kbnyakan nabi2 kita asalnya adalah pngembala kambing.

Firhan A. said...

mungkin pengembala tu sebenarnya nabi.. tapi kalau pengembala tu seorang nabi, memang patut la kita contohi kan?

bukannya sekadar mengagumi tapi tak cuba mencontohi.

*nickname awak pelik sgt, xpndai taip, sori.

(\_(\ (=' :') ~♥ (,(')(') said...

mintak maap le cik alpa pentOm, spatutnya nik sy tu jd kete kebal.. hehe.

₮ said...

ceh

yg ats tu pn x mnjadi! sy xnk pkai nik lg le!

Firhan A. said...

Encik Simbola (hurup F ke tu??),
saya nampak kete kebal awak kalau tengok dari apps sy ni,cuma senget sikit.

yg atas ni nampak ada muka, lepas tu ada simbol hati..kucing buat flying kiss kah?