ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."
Saturday, June 21, 2014
A Sweet Date
Hari ni aku sangat happy sebab dapat dating dengan orang tersayang. And honestly, I've never felt so blessed before, like I did today.
Pagi tadi keluar jalan-jalan dengan Ayahanda & Bonda. Just the three of us. Rasa macam anak tunggal pulak sekejap. Kebetulan memang aku seorang yang berhujung minggu di rumah minggu ni.
Somehow I feel so blessed dapat spend time alone dengan diorang. Walaupun sekadar beli groceries dan peranan aku lebih bertindak sebagai tukang pandu kereta, but to be able to do those activities with them, alone, at this age, I think it is really something.
Sebab bukan semua orang boleh dapat peluang untuk habiskan masa dengan parents dalam umur-umur macam ni. Especially anak perempuan. Ada yang kerja duduk jauh dari makbapak. Lepas tu kahwin dan terus ikut suami duduk dengan mertua. Masa lebih banyak dihabiskan bersama suami, anak-anak, atau keluarga mertua berbanding keluarga sendiri.
Korang mungkin takkan faham, sebab lain individu lain pandangan, maka lainlah pula sentimental value yang korang akan nampak pada setiap perkara. Mungkin orang yang dah berkahwin akan rasa sentimental value yang lebih bila spend time dengan suami/isteri dan anak-anak.
Tapi ni dari sudut pandangan seorang anak perempuan yang belum pernah berkahwin. Jadi rasanya bukan sesuatu yang pelik kalau aku appreciate so much something yang biasa pada pandangan orang lain.
A simple thing for a person could mean so much for another, ain't it?
Nampaknya memang ada kebaikannya jodoh tiba lambat. At least, aku boleh spend lebih banyak masa dengan family, especially parents. A quality time, like today.
Atau mungkin, ini sebenarnya salah satu sebab kenapa aku masih single hari ni. Sebab tak nak berpisah dengan parents, dan takut kalau-kalau keluarga mertua tak berapa serasi. Ketakutan yang sebenarnya timbul akibat perkongsian pengalaman seseorang yang aku kenal. Perkenalan dengan seseorang ternyata boleh membawa kesan negatif pada pemikiran, kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ﻭَﻗَﻀَﻰ ﺭَﺑُّﻚَ ﺃَﻟَّﺎ ﺗَﻌْﺒُﺪُﻭﺍ ﺇِﻟَّﺎ ﺇِﻳَّﺎﻩُ ﻭَﺑِﺎﻟْﻮَﺍﻟِﺪَﻳْﻦِ
ﺇِﺣْﺴَﺎﻧًﺎ ﺇِﻣَّﺎ ﻳَﺒْﻠُﻐَﻦَّ ﻋِﻨْﺪَﻙَ ﺍﻟْﻜِﺒَﺮَ ﺃَﺣَﺪُﻫُﻤَﺎ ﺃَﻭْ
ﻛِﻠَﺎﻫُﻤَﺎ ﻓَﻠَﺎ ﺗَﻘُﻞْ ﻟَﻬُﻤَﺎ ﺃُﻑٍّ ﻭَﻟَﺎ ﺗَﻨْﻬَﺮْﻫُﻤَﺎ
ﻭَﻗُﻞْ ﻟَﻬُﻤَﺎ ﻗَﻮْﻟًﺎ ﻛَﺮِﻳﻤًﺎ .ﻭَﺍﺧْﻔِﺾْ ﻟَﻬُﻤَﺎ ﺟَﻨَﺎﺡَ
ﺍﻟﺬُّﻝِّ ﻣِﻦْ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﺔِ ﻭَﻗُﻞْ ﺭَّﺏِّ ﺍﺭْﺣَﻤْﻬُﻤَﺎ ﻛَﻤَﺎ
ﺭَﺑَّﻴَﺎﻧِﻲ ﺻَﻐِﻴﺮًﺍ 24 -23 ﺀﺍﺮﺳﻹﺍ.
Dan Tuhanmu telah memerintahkan
supaya kamu jangan menyembah
selain Dia dan hendaklah kamu
berbuat baik pada ibu bapakmu
dengan sebaik-baiknya. Jika salah
seorang di antara keduanya atau
kedua-duanya sampai berumur
lanjut dalam pemeliharaanmu, maka
sekali-kali janganlah kamu
mengatakan kepada keduanya
perkataan “ah” dan janganlah kamu
membentak mereka dan ucapkanlah
kepada mereka perkataan yang
mulia.” (Al Isra(17):23)
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap
mereka berdua dengan penuh
kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai
Tuhanku, kasihilah mereka keduanya,
sebagaimana mereka berdua telah
mendidik aku waktu kecil." (Al Isra
(17):24)
:(
Post a Comment