Sesungguhnya Allah Maha berkuasa untuk memuliakan dan menghinakan seseorang. Sama ada secara langsung, ataupun melalui perantaraan makhluk.
Kadang-kadang bila difikir-fikirkan sedalam-dalamnya, terasa diri begitu rendah dan hina sekali.
Mungkin dulu aku terlalu rasa megah dan hebat, hingga terlupa yang aku cuma seorang manusia. Jadi memang wajarlah kiranya kalau aku ditegur sebegitu rupa.
Bak kata pepatah, bila dah terhantuk baru nak tengadah.
*Renungan*:
'Dihinakan oleh Allah melalui perantaraan manusia' dan 'Dihina oleh manusia' sungguh terlalu banyak perbezaannya.
Dan sudah tentu, yang kedua mungkin lebih baik berbanding yang pertama.
No comments:
Post a Comment