ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Monday, February 10, 2014

Jom ukur tahap kecergasan minda anak anda

Kaum lelaki selalu dikaitkan dengan kekuatan dan kecergasan. Tapi kalau dilihat dari keseluruhan aspek, lelaki dengan wanita sebenarnya mempunyai tahap kekuatan dan kecergasan yang lebih kurang sama, cuma dari aspek yang berbeza.

Berdasarkan pemerhatian dan kajian aku, lelaki memiliki tenaga yang lebih tinggi dari segi fizikal, tapi kurang kuat dan cergas dari segi minda. Wanita pulak mungkin lebih lemah daripada lelaki dari segi fizikal, tapi kaum wanita mempunyai minda yang lebih cergas dan aktif berbanding minda lelaki.

Perbezaan ni jelas kalau kita lihat dari segi pemilihan kerjaya oleh lelaki dan perempuan. Kebanyakan lelaki lebih cenderung memilih kerjaya yang memerlukan tenaga yang banyak seperti kerjaya yang berbentuk teknikal. Contohnya mekanik, kontraktor, juruteknik, jurutera. Wanita atau perempuan pulak lebih memilih kerjaya yang banyak menggunakan minda dan pemikiran. Contohnya guru, pengurus, pegawai, peniaga (businesswoman).

Kalau diperhatikan, lebih ramai wanita yang menceburi bidang perniagaan berbanding lelaki. Dan menurut pemerhatian aku jugak, wanita lebih kreatif berbanding lelaki.

Point yang aku nak sampaikan di sini ialah, wanita lebih bijak berbanding lelaki. No wonder kedudukan seorang ibu lebih dimuliakan berbanding seorang ayah. Ok, yang tu memang tak ada kaitan.

Actually, entri ni terhasil sebab tension, banyak sangat benda nak difikirkan. Nasib baik tak ada perkara lain yang perlu difikirkan. Being single and alone is not that bad in this case, I guess.


Notakaki: Seriously, aku memang dah tak ada masa untuk fikir pasal benda lain selain hal kerja. Otak pun dah tak ada ruang untuk fikir pasal hal lain. Heh. No wonder ramai wanita berkerjaya jadi andartu. Heh lagi.

Tapi nama aku kalau ditambah 'Andartu' bunyi macam sedap jugak. Hee..


Crapped by,                                                  
 

2 comments:

Anonymous said...

Saya tak brapa stuju dgn kajian saudari tu, sbenarnya kaum adam mmang takde pilihan dlm hal kerja ni, kaum adam mengalah sbenarnya sbagai tanda kasih dan sayang trhadap kaum hawa, bayangkan jika kaum adam bkerja dgn kerja yg kaum hawa lakukan sekarang, dimana kaum hawa nak kerja pula? Takkan kaum hawa nak kerja kontrak ikat batu terlompat tkangkang? Kredit utk kaum adam dalam hal ini, tahniah kaum adam.

Firhan A. said...

kaum adam bekerja yg kaum hawa lakukan sekarang? maksudnya kalau kaum adam jadi suri rumah, urus rumahtangga, urus anak-anak? bagus la macam tu, kaum hawa boleh rilek..tp kan semua tu memang kerja kaum adam pun, kerja kaum hawa layan suami saje..