ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Thursday, October 10, 2013

Kekasih tak terucap

Malam semalam sekali lagi aku mimpi tentang dia. Kenapa entah sejak kahwin dia selalu muncul dalam mimpi aku. Padahal dah terlalu lama dia tak lagi ada dalam ingatan dan fikiran aku.

Pertama kali lihat gambar pernikahan dia tempoh hari, memang agak terkejut. Rasa macam tak percaya yang kahwin itu dia. Tak sangka begitu cepat dia yang nakal dan bersifat playful itu akan bergelar suami. Sedangkan aku masih juga tetap begini.

Gambar dia betul-betul buat aku tak terkata. Entah kenapa macam ada satu rasa aneh bila tengok senyum dia. Senyum yang dulu pernah buat aku terbayang-bayang, cuma kini berbeza sinarannya. Sinar yang menggambarkan kebahagiaan seorang pengantin baru itu jelas lebih menawan berbanding yang dulu.

Mungkin aku sebenarnya kecewa waktu itu. Atau mungkin juga aku terkilan. Kerana senyum itu takkan pernah jadi milik aku. Tapi aku tetap gembira bila lihat senyum itu. Kerana aku juga dapat rasa kebahagiaan dia.

Add caption

Sampai hari ini aku masih tak percaya yang dia dah jadi milik seseorang. Mungkin sampai detik ini sebenarnya aku memang masih sukakan dia. Malah mungkin suka itu sebenarnya lebih daripada apa yang aku sendiri sangka. Walaupun dia langsung tak pernah tahu apa-apa.

Kenapa la aku selalu suka pada sesuatu yang bukan milik aku?

*sigh*


Crapped by,                                                  
 

1 comment:

Saripdol said...

Erk.