Pertama kali lihat gambar pernikahan dia tempoh hari, memang agak terkejut. Rasa macam tak percaya yang kahwin itu dia. Tak sangka begitu cepat dia yang nakal dan bersifat playful itu akan bergelar suami. Sedangkan aku masih juga tetap begini.
Gambar dia betul-betul buat aku tak terkata. Entah kenapa macam ada satu rasa aneh bila tengok senyum dia. Senyum yang dulu pernah buat aku terbayang-bayang, cuma kini berbeza sinarannya. Sinar yang menggambarkan kebahagiaan seorang pengantin baru itu jelas lebih menawan berbanding yang dulu.
Mungkin aku sebenarnya kecewa waktu itu. Atau mungkin juga aku terkilan. Kerana senyum itu takkan pernah jadi milik aku. Tapi aku tetap gembira bila lihat senyum itu. Kerana aku juga dapat rasa kebahagiaan dia.
![]() |
| Add caption |
Sampai hari ini aku masih tak percaya yang dia dah jadi milik seseorang. Mungkin sampai detik ini sebenarnya aku memang masih sukakan dia. Malah mungkin suka itu sebenarnya lebih daripada apa yang aku sendiri sangka. Walaupun dia langsung tak pernah tahu apa-apa.
Kenapa la aku selalu suka pada sesuatu yang bukan milik aku?
*sigh*
Crapped by,


1 comment:
Erk.
Post a Comment