Pagi tadi masa nak pergi pejabat aku ter'bertembung dengan rombongan seorang pemimpin negeri. Mungkin nak pergi pejabat jugak sebab for your info, kediaman peribadi dia memang tak jauh dari rumah aku. In fact, kami jiran kampung sebelah je.
So, kisahnya, kami sampai kat simpang keluar kampung pada waktu yang lebih kurang sama. Tapi sebab dia lebih berkuasa dan berkedudukan (kononnya), jadi aku terpaksa jadi ahli rombongan yang mengiringi dari belakang.
Sepanjang jalan aku terfikir. Kenapa orang-orang seperti mereka perlu ada escort sampai 2-3 buah kereta dan motosikal polis kalau nak pergi mana-mana? Mungkin memang untuk keselamatan, tapi unsur-unsur bermegah-megah dan berbangga-bangga juga jelas kelihatan di situ.
Aku jadi terfikir.. ada tak ek pemimpin mana-mana negara atau negeri yang low profile? Contohnya yang drive kereta sendiri pergi office ke, dan kereta dia pulak kereta kancil je. Atau yang pergi pasar basah beli ikan beli sayur segala ke. Pendek kata yang mesra rakyat dan tak kisah untuk menyama-tarafkan diri mereka dengan rakyat. Gitu la.
Ni yang aku nampak konon je mesra rakyat, tapi tetap jugak naik kereta mewah, escort pulak sampai nak kena ada 10 buah kenderaan.
Tetiba teringat pulak kisah Khalifah Umar al-Khattab kot kalau tak silap. Yang dengan rajin dan selamba round kingdom secara solo tanpa sebarang escort dengan pakaian biasa sampai ada orang tak tau pun yang dia tu khalifah. In fact beliau sendiri yang tolong rakyat yang memerlukan pertolongan dengan tangan beliau sendiri. Tu baru betul mesra rakyat kot. Low profile.
Kalau ada la dalam zaman sekarang ni pemimpin yang macam tu, memang aku respek giler la. Sebab bukan senang kot nak merendahkan taraf diri hingga setaraf dengan orang lain bila taraf kita sendiri lebih tinggi.
Sedangkan orang-orang kaya dan bos-bos syarikat besar pun tak boleh buat, inikan pulak ketua negara. Haih.
Err.. harap la pihak berkuasa tak saman aku tulis macam ni. Ini cuma pendapat secara umum, tak ada kena-mengena dengan mana-mana individu spesifik pun.
Sekian.
Crapped by
No comments:
Post a Comment