ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Wednesday, October 16, 2013

Perempuan #3

Perempuan adalah manusia yang mempunyai sikap pentingkan diri yang paling banyak. Dan perempuan juga adalah makhluk yang paling tamak serta kedekut.

Buktinya, apa saja yang mereka inginkan harus mereka dapatkan. Dan apa saja yang mereka miliki pasti takkan diberi pinjam apatah lagi dikongsi bersama orang lain. Sekalipun orang tersebut teman baik mereka sendiri.

Alasannya, semua itu kepunyaan mereka. Bimbang kepunyaan itu akan rosak jika dikongsi atau diberi pinjam kepada yang lain.

Mungkin mereka lupa bahawa sebenarnya yang memiliki setiap sesuatu itu cuma Allah. Dan Allah itu sikapnya Maha Adil lagi Maha Pemurah.

Syukurlah aku diberi peluang untuk mengerti hakikat itu. Semoga aku dijauhkan dari menjadi perempuan yang bersikap tamak, kedekut serta pentingkan diri.

Ah, tiba-tiba aku jadi benci pada kaum sejenisku sendiri. Pada sikap pentingkan diri yang tak pernah berkesudahan. Juga pada ketidakadilan yang wujud hasil daripada sikap tersebut.


Crapped by,                                                  

No comments: