ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Tuesday, September 17, 2013

Pelik Tapi Benar #1

Sejak wujudnya kereta dengan automatic transmission, aku jadi hairan. Macam mana boleh ada orang yang tak pandai drive kereta manual? Sedangkan setahu aku semasa belajar kat sekolah memandu semua orang drive kereta manual. Even dalam ujian memandu pun kereta yang digunakan adalah kereta manual.

Jadi macamana orang yang mengaku tak pandai drive kereta manual tu boleh dapat driving license dengan menggunakan kereta manual?

Mungkinkah mereka yang berkenaan gunakan helah tertentu untuk dapatkan lesen memandu? Ataupun mungkin pada waktu mereka mendapatkan lesen memandu tu hanya ujian bertulis yang diperlukan. Tak perlu ujian on-the-road?

Musykil pulak aku. Sebab pada pendapat aku, semua orang harus pandai drive kereta manual kalau kereta manual yang mereka gunakan semasa belajar dan ujian memandu.

Lain la kalau masa belajar driving tu pun memang dah guna kereta automatik. Baru la logik kalau mereka kata tak pandai drive kereta manual.

Tak ke gitu kawan-kawan?

No comments: