ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Sunday, September 15, 2013

Bukan Salah Mereka



Salahkah aku suka dia bila dia tanpa jemu hulurkan tangan pada aku?


Salahkah aku sayang dia bila dia tanpa henti usik jiwa aku?


Salahkah aku rindu dia bila dia tanpa putus asa cari aku?


Salahkah aku pilih dia bila dia tanpa lelah kejar aku?


Tapi kenapa semuanya nampak macam salah?


Salahkah aku?


Salah aku kah?


Apakah kerana aku cuma orang ketiga, maka cuma aku yang bersalah?


Apakah juga kerana aku orang ketiga, maka aku tak berhak untuk bahagia?


Jawapannya ya.


Kerana dalam sebuah percintaan, takkan ada ruang walaupun sedikit untuk orang ketiga.


Kerana inilah lumrah alam, di mana cinta itu sentiasa satu dan tunggal.
Ahad
15 September 2013
1:52 PM

Sedarlah
Kau cuma orang hina
Usah bermimpi jadi bidadari


No comments: