ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Tuesday, September 3, 2013

Muflis

Harga minyak naik lagi hari ni. Hari-hari ada je barang yang naik harga. Ini membuatkan sesetengah orang macam aku naik minyak.

Mana taknya, saban bulan saban hari aku fikir macamana nak menyimpan semula. Tapi dengan pendapatan yang tak seberapa dan komitmen semasa yang lebih banyak daripada pendapatan semasa, lepas setahun pun masih tak dapat simpan satu sen pun, sebaliknya hutang yang makin bertambah. Baki akaun dalam bank pun dah mula ada tanda 'dash' di depan. Tunggu masa je kot nak diisytihar muflis.

Tapi walau apa pun aku tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku masih mampu bantu keluarga. Walaupun bajet untuk diri sendiri biasanya memang tak ada. Tapi aku tak kisah sebab sekurang-kurangnya aku masih boleh hidup tanpa bergantung harap pada orang lain.

Cuma aku harap takkan ada orang yang tanya tentang simpanan aku.

No comments: