ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Friday, September 6, 2013

Kemaafan

Assalamualaikum..

Kata orang, kadang-kadang kita perlu lepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.

Setelah sekian lama, akhirnya aku berjaya buang ego aku untuk memaafkan individu-individu yang aku dendami selama ni. Ternyata memaafkan seseorang bukanlah satu perkara yang susah bila kita ada kemahuan untuk melakukannya. Dan memang benarlah kata orang, kemaafan adalah dendam yang terindah. Sekarang aku rasa hidup aku lebih tenang.

Tapi dalam masa yang sama, aku juga rasa sedih kerana untuk buang ego aku, ada sesuatu yang perlu aku korbankan bersama. Sesuatu yang sangat bermakna bagi aku dan sangat aku hargai sebenarnya, tapi telah aku abaikan sebab terlalu ikutkan rasa dendam dan ego. Dendam yang sebenarnya tak wajar langsung. Dendam yang aku wujudkan hanya kerana beberapa kesilapan kecil yang dilakukan oleh seorang manusia biasa.

Rasa macam bodoh pulak bila ingat semula. Tapi memanglah bodoh pun kalau terlalu ikutkan ego. Sikap ego memang selalu merugikan manusia.

Sampai sekarang aku tak dapat maafkan diri aku sendiri sebab sikap tu, walaupun semua kesilapan individu-individu yang berkenaan dah pun aku maafkan. Dan mungkin sebab tak dapat maafkan diri sendiri, aku buat apa yang aku buat sekarang. Sebagai hukuman terhadap diri sendiri mungkin.

Tapi tak apalah. Kalau difikirkan semula, mungkin ada baiknya juga apa yang aku buat ni. Sekurang-kurangnya bila macam ni tak ada lah yang akan sakit hati atau perlu berkecil hati lagi dengan sikap aku. Dan aku sendiri pun boleh menilai di mana kesilapan dan kekurangan yang perlu aku perbetulkan dan perbaiki.

Cuma aku harap akan masih ada kemaafan untuk aku setelah apa yang aku lakukan pada mereka.

No comments: