Kadang-kadang, memiliki hidup yang sempurna dan ada segalanya bukanlah sesuatu yang baik. Sebagai manusia, kita mudah lupa dan leka bila ada segalanya. Lupa diri, lupa keluarga, lupa kawan, dan paling menyedihkan, lupa Tuhan.
Now, cuba tengok diri sendiri. Muhasabah diri. Atau dalam bahasa yang semua orang tau, self-evaluation.
Pernah tak kau bersyukur bila tengok apa yang kau ada? Pernah kau ucap terima kasih atas segala nikmat yang Tuhan beri? Pernah kau ucap Alhamdulillah? Kalau ada, berapa kali dalam sehari?
Dan apa pula bukti kau benar-benar berterima kasih? Ada kau ikut perintah Dia? Tinggal larangan Dia? Kalau ada, sejauh mana? Setakat melepaskan batuk di tangga asal buat atau betul-betul buat?
Dan jangan lupa tengok juga, berapa kali kau mengeluh. Berapa kali kau merungut inginkan sesuatu yang lain dari apa yang kau ada. Berapa kali kau tak mensyukuri nikmat yang Dia bagi.
Bandingkan, mana lebih banyak. Dari situ kau boleh tahu sama ada kau manusia yang pandai bersyukur ataupun tak.
Dan sepatutnya evaluation tu kau buat setiap hari. Atau paling kurang pun seminggu sekali. Tu pun dah kira tahap paling teruk. Kalau sebulan sekali atau setahun sekali baru buat evaluation maka kau akan dapati banyak yang tak betul.
Contoh paling terbaik, aku buat evaluation 20 tahun sekali. Dan hasilnya sangat menyedihkan. Rasanya tak perlu aku bagitau sampai tahap mana. Tapi yang pasti ianya sangat mengecewakan diri aku sendiri, apatah lagi orang lain.
Kadang-kadang aku terfikir, mungkin lebih elok kalau aku tak ada apa-apa. Mungkin aku akan lebih tahu bagaimana untuk menghargai sesuatu. Tapi kalau fikir balik, tak semestinya macam tu, kan?
Hakikatnya Allah lebih tahu apa yang aku perlukan dan apa yang terbaik untuk aku.
"Kadang-kadang.. apa yang kita suka dan apa yang kita rasa baik untuk diri kita sebenarnya bukanlah sesuatu yang terbaik. Dan kadang-kadang, apa yang kita tak suka dan kita rasa tak baik untuk kita itulah yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui."
Wallahu a'lam.
nota tak penting: sangat kesal dan kecewa dengan diri sendiri. mungkin aku perlu bersendirian buat seketika untuk tenangkan hati dan mencari semula diri. maaf jika aku menyepi. salam..
*panjang pulak faceblog aku kali ni.. -_-'
4 comments:
aaa?
Abc
Bkn evaluation le..kna buat evolution,hehe.
kena buat evaluation dulu la,kenal pasti apa yg perlu dievolusi..lepas tu baru boleh evolution..
Post a Comment