ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Monday, May 21, 2012

Just let it flow

Assalamualaikum..

Dalam hidup kadang-kadang ada masanya kita perlu berfikir jauh ke hadapan. Kita perlu merancang setiap langkah dan tindakan yang perlu kita lakukan untuk jangka masa tertentu, mungkin berbulan atau bertahun sebelumnya.

Contohnya... err... entahlah, aku pun tak tau apa contoh yang sesuai. Korang cuba fikir sendiri lah eh, aku tengah blur, tak boleh fikir sangat sekarang ni. Aku cuma nak cerita pasal aku dan melepaskan tension aku di sini.

kalau hidup ni macam sungai, aku adalah tunggul kayu yang ada dalam sungai tu..
ikut je ke mana je arus sungai tu nak bawak aku

Korang percaya tak kalau aku kata yang dalam hidup aku, aku tak pernah merancang. Maksud aku, aku tak pernah rancang dan fikir dengan serius apa yang aku nak lakukan, apa yang aku akan lakukan, apa yang aku nak jadi, dan sebagainya.

Sejak dari kecik lagi, aku hidup dengan mengikut konsep"Just go with the flow". Aku tak pernah fikir dengan serius apa cita-cita aku, atau apa yang aku nak jadi bila dewasa. Aku cuma pergi sekolah, belajar, blablabla... isi borang masuk universiti, belajar lagi, blablablabla dan akhirnya tau-tau je aku dah dapat kerja.

And to be honest, masa isi borang masuk universiti, masa pilih jurusan, aku main isi je. Tak tau sangat pun bidang tu pasal apa. Minat tak minat atau best tak best aku tak peduli. Tapi nasib baik akhirnya aku berjaya jugak. Mungkin nasib dan takdir menyebelahi aku. Alhamdulillah.

Dalam kerjaya pun aku tak pernah fikir secara serius. Aku tak pernah fikir aku nak kerja apa. Dan sebenarnya aku tak tau pun pekerjaan apa dan macam mana yang sesuai dan berkaitan dengan bidang yang aku belajar dulu. Tapi lagi sekali, mungkin nasib baik menyebelahi aku sekali lagi, aku dapat kerja yang ada related sikit dengan bidang yang pernah aku belajar.

aku biasa jalan terus ikut jalan yg ada depan mata.
tak pernah cuba masuk mana-mana simpang atau cuba mana-mana shortcut

Mungkin korang fikir aku bodoh, tak pandai berdikari dan atau apa-apa jelah. Tapi itulah hakikat pasal aku yang sebenarnya. Aku tak pernah belajar dan tak pernah tau macam mana nak plan something, termasuk hidup aku sendiri. Bayangkan bila hidup sendiri pun kau tak pernah plan, apatah lagi yang lain-lain. Sebab tu bila orang suruh aku buat planning untuk something aku mesti blur, tak tau apa yang patut aku buat.


Contohnya... ada satu program yang aku kena handle. Segala persiapan untuk program tu memang aku yang kena uruskan. Dari awal mula planning sampai la akhir buat laporan program. Tapi apa yang aku buat tak ada apa-apa pun. Semua kena ada orang tolong, bagitau pasal tu tunjuk pasal ni, dan kebanyakan kerja yang sepatutnya aku buat pun orang lain yang kena buat untuk aku. Teruk kan? hmm..

Lastly, dalam percintaan. Pun aku tak pernah berfikir secara serius dan merancang apa-apa. Just go with the flow and let it goes naturally. Tapi buat masa ni aku masih belum nampak lagi ke mana flow of love ni nak bawak aku. Akankah aku bertemu dengan seseorang dan sampai ke destinasi akhir dalam percintaan iaitu perkahwinan? Entahlah.

Kesimpulannya, aku memang tak pandai mengurus. Aku memang fail dalam bab-bab pengurusan. Baik pengurusan masa, pengurusan hidup, pengurusan keluarga, mahupun pengurusan diri sendiri. Memang tak pernah berjaya.



Tapi akhirnya benda tu jadi masalah kat aku bila 'flow' tu bawak aku betul-betul ke titik kelemahan aku, which is MANAGEMENT!

Aku tak pernah belajar semua tu, dan aku tak tau macam mana nak belajar. Aku pun sebenarnya pelik macam mana aku boleh terlibat dalam kerja-kerja management ni, padahal aku tak pernah rancang nak melibatkan diri dalam bidang management. See? Again, ia berlaku begitu sahaja.

Tau-tau ajelah bila kerja kat pejabat, lagi-lagi dalam bidang pengurusan. Semua benda kena plan, atur, rancang elok-elok baik-baik bagi dia tersusun dan teratur. The art of management and the skill of coordination are the key skill required in this field. Tapi dalam diri aku satu benda tu pun tak ada. Aku tak pandai mengurus, tak pandai manage, tak pandai coordinate.

Tapi itulah yang aku kena buat sekarang! Hari-hari!

Bayangkan benda yang kau tak pernah tahu, tak pernah belajar, tak pernah buat, tapi tiba-tiba kau kena buat, tanpa ada orang yang boleh guide kau. GILA BLUR SIAL!!

Nasib pulak tak begitu menyebelahi aku kali ni, mungkin sebab tu aku agak fail di sini. Tapi biarlah. Mungkin semua yang berlaku ni boleh latih aku supaya belajar untuk mengurus hidup aku yang tak pernah terurus ni.

And maybe I can learn something from here yang nanti boleh aku aplikasikan dan gunakan dalam kehidupan aku seterusnya. Dalam pengurusan keluarga, mungkin??


In fact, life is all about management, isn't it?? Jadi nak tak nak kita kena jugak belajar pasal tu.

nota tak penting: Macam mana la agaknya keadaan rumahtangga aku lepas kwen nanti ek? Aku bet kompom tak terurus macam diri aku jugak. Ah, lantak la. Kesian betul si malang yang bernasib malang dapat aku sebagai isteri dia. kahkahkah!!

mood: tension + blur + xde mood

No comments: