ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."
Showing posts with label My Faceblog. Show all posts
Showing posts with label My Faceblog. Show all posts

Monday, May 28, 2012

My Faceblog: Hateful

Assalamualaikum..

Kadang-kadang, memiliki hidup yang sempurna dan ada segalanya bukanlah sesuatu yang baik. Sebagai manusia, kita mudah lupa dan leka bila ada segalanya. Lupa diri, lupa keluarga, lupa kawan, dan paling menyedihkan, lupa Tuhan.

Now, cuba tengok diri sendiri. Muhasabah diri. Atau dalam bahasa yang semua orang tau, self-evaluation.

Pernah tak kau bersyukur bila tengok apa yang kau ada? Pernah kau ucap terima kasih atas segala nikmat yang Tuhan beri? Pernah kau ucap Alhamdulillah? Kalau ada, berapa kali dalam sehari?

Dan apa pula bukti kau benar-benar berterima kasih? Ada kau ikut perintah Dia? Tinggal larangan Dia? Kalau ada, sejauh mana? Setakat melepaskan batuk di tangga asal buat atau betul-betul buat?

Dan jangan lupa tengok juga, berapa kali kau mengeluh. Berapa kali kau merungut inginkan sesuatu yang lain dari apa yang kau ada. Berapa kali kau tak mensyukuri nikmat yang Dia bagi.

Bandingkan, mana lebih banyak. Dari situ kau boleh tahu sama ada kau manusia yang pandai bersyukur ataupun tak.

Dan sepatutnya evaluation tu kau buat setiap hari. Atau paling kurang pun seminggu sekali. Tu pun dah kira tahap paling teruk. Kalau sebulan sekali atau setahun sekali baru buat evaluation maka kau akan dapati banyak yang tak betul.

Contoh paling terbaik, aku buat evaluation 20 tahun sekali. Dan hasilnya sangat menyedihkan. Rasanya tak perlu aku bagitau sampai tahap mana. Tapi yang pasti ianya sangat mengecewakan diri aku sendiri, apatah lagi orang lain.

Kadang-kadang aku terfikir, mungkin lebih elok kalau aku tak ada apa-apa. Mungkin aku akan lebih tahu bagaimana untuk menghargai sesuatu. Tapi kalau fikir balik, tak semestinya macam tu, kan?

Hakikatnya Allah lebih tahu apa yang aku perlukan dan apa yang terbaik untuk aku.

"Kadang-kadang.. apa yang kita suka dan apa yang kita rasa baik untuk diri kita sebenarnya bukanlah sesuatu yang terbaik. Dan kadang-kadang, apa yang kita tak suka dan kita rasa tak baik untuk kita itulah yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui."

Wallahu a'lam.

nota tak penting: sangat kesal dan kecewa dengan diri sendiri. mungkin aku perlu bersendirian buat seketika untuk tenangkan hati dan mencari semula diri. maaf jika aku menyepi. salam..

*panjang pulak faceblog aku kali ni.. -_-' 

Sunday, May 20, 2012

My Faceblog: Rindu

Assalamualaikum..

Found this quote somewhere. It sounds nice to share.
Jika rindukan seseorang , pejamkanlah mata dan ucapkanlah:
" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu .  
Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia. Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi. Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dar segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.  
Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia... "
Dan sekarang, aku sedang rindu pada seseorang, jadi... setakat ni jelah update hari ni. Sekian.

nota tak penting: memendam rindu seorang-sorang sedangkan orang yang sedang dirindui langsung tak ingat kat kita bukanlah satu perasaan yang best.. hmm.

Tuesday, May 8, 2012

My Faceblog : Siput

Assalamualaikum..

Pernah tengok macamana siput buat kerja? Kalau tak pernah meh datang sini tengok macamana aku buat kerja. Kalau lawan dengan siput rasanya siput pun menang kot.

'Hisy, lembab macam siput!! Siput pun tau buat kerja laju-laju. Apa masalah ntah.. Dasar pemalas!'

Padan muka.. kehkehkeh.

Err.. agak-agak siput pandai buat kerja tak ek? Kalau pandai ingat nak suruh dia jelah buat kerja aku. hekhekhek...


nota tak penting: dari kecik sampai besar, dari zaman sekolah sampai zaman kerjaya.. tak pernah nak berubah. memang tak makan saman tak kenal serik betul la! hati dan kepala lebih keras dari batu!  haish apa nak jadi entah..

pesanan penting untuk 'awak': you were right, mr. X. saya bukan tak boleh, tapi saya tak mahu. i guess i cant be helped anymore. sia-sia je kalau awak terus tunggu saya. jadi mungkin ada baiknys kalau awak lupakan je niat awak dulu dan pergi jauh dari saya.

nota paling tak penting: i really hate myself.. so please hate me too..

Thursday, April 26, 2012

My Faceblog

Assalamualaikum..

Aku ingat nak jadikan blog ni macam facebook la. Update pendek-pendek macam update status. Nak update kat facebook betul-betul memang aku tak rajin. Malas nak login. Blog rajin pulak login kan? keh3. Sebab kalau kat fb bila online je semua orang boleh nampak. Kalau kat blog takde orang tau. Boleh bergerak bebas macam hantu, hehe..

Ok, so first update for my faceblog:

Malas! Penat! Tension! Pening! Nak letak jawatan!

Sekian, terima kasih.


nota tak penting: malas nak fikir pasal kerja. rasa macam nak pegi bercuti melancong pusing dunia selama setaun. sape sudi nak bawak aku bercuti sila angkat tangan. kui3..