Kamu...
Aku minta maaf. Selama ini aku telah tipu kamu. Aku hipokrit dengan kamu.
Aku yg kamu kenali selama ini bukan aku yg sebenarnya. Aku yg kamu kenali itu sebenarnya adalah aku yg sengaja aku cipta untuk menjauhkan kamu. Kamu tahu kan, aku kurang selesa bila dihampiri. Sebab tu lah, aku cipta suatu watak baru dalam diri aku, supaya kamu menjauhi aku.
Tapi kamu rupanya lebih degil dari yg aku sangka. Lebih gila dari yg aku kenal. Kamu tetap di situ walaupun pelbagai cara aku lakukan. Pelbagai cerita aku reka. Tanpa sedar watak yg aku cipta akhirnya menjadi sebati dengan diriku. Hingga aku sendiri tak mampu mengenal pasti yg mana aku sebenarnya.
Kamu..
Aku rindu pada aku yg dulu. Aku mahu kembali menjadi diriku yg itu. Jadi aku terpaksa bunuh aku yg selama ini kamu kenali. Kerana aku yg kamu kenali itu sebenarnya memang tak pernah wujud. Ianya cuma rekaan semata-mata.
Maafkan aku ya, kamu.. Tak pernah terniat sedikit pun dalam hati aku untuk menipu kamu. Tapi aku terpaksa buat begitu.
Aku harap kamu sudi maafkan aku. Kamu lupakanlah aku. Kembalilah pada dia yg setia padamu. Yang tak pernah dan tak akan sesekali menipu kamu.
Sekian.
Salam sayang dari aku,
Si penipu
1 comment:
HAHA!
Post a Comment