ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Monday, October 31, 2011

Surat untuk 'Awak'

Assalamualaikum..

Awak..

Dulu, sebelum saya kenal awak, saya tak pernah percayakan sesiapa. Saya tak pernah pedulikan sesiapa. Tapi sejak saya kenal awak, saya mula belajar erti persahabatan dan mula pandai menghargai orang lain. Saya mula kenal erti sebuah kehidupan. Saya lebih mengenali dunia. Saya mula belajar jadi seorang yang matang. Tanpa awak, mungkin saya takkan jadi seperti sekarang. Perkenalan kita dulu mungkin memang dah ditakdirkan berlaku. Jadi, terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.

Bagi saya awak sangat baik. Terlalu baik. Awak tak pernah paksa saya buat apa yang saya tak suka. Awak sangat memahami saya, menghormati saya. Awak selalu rendah diri. Awak selalu cakap, awak serba kekurangan. Tapi bagi saya, semua kekurangan awak membuatkan awak cukup sempurna sebagai seorang manusia. Dan awak ada impian dan keazaman yang tinggi.

Walaupun kita tak pernah berjumpa, malah tak pernah tahu rupa fizikal satu sama lain, saya percaya awak seorang yang baik. Setakat ni memang awaklah insan paling baik yang pernah saya kenal. Mungkin saya rasa macam tu sebab saya masih mentah. Macam yang awak selalu kata, saya masih belum kenal dunia. Tapi saya yakin sangat, awak tak kurang baiknya dengan mereka yang awak maksudkan di luar sana.

Saya bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk mengenali insan seperti awak. Cuma saya nak mintak maaf kerana tak mampu kawal diri dan hati saya daripada menyayangi awak.

Saya tahu saya tak sepatutnya ada rasa ini untuk awak. Awak bukan milik saya. Dan belum tentu awak akan jadi milik saya. Tapi saya tak sanggup dan tak mampu untuk lepaskan awak terus dari hati saya.

Sekali lagi, terima kasih kerana memberi ruang untuk saya mengenali awak. Saya berharap sangat suatu hari nanti akan ada pengakhiran yang baik untuk kita.

**********************

Terima kasih ya Allah kerana memberi kesempatan kepadaku untuk mengenali seorang insan seperti dia. Ampuni aku kerana menyimpan rasa yang tak seharusnya ada untuk dia. Izinkan aku untuk mengagumi dia hanya dari jauh, ya Allah. Kurniakanlah aku seseorang yang sebaik dia, atau yang lebih baik darinya. Amin.


Sekian.



nota kecik:
to AXL, happy birthday :)

2 comments:

Anonymous said...

Btuah btol awak awak tu.

Firhan A. said...

Anonymous,
=)