ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Wednesday, December 21, 2011

Kosong...

Assalamualaikum..

Dalam mengharungi hidup sebagai seorang manusia, kita perlu ada panduan dan pegangan yg kukuh. Apalagi bagi seseorang yg baru mula belajar berjalan seperti aku. Tanpa panduan, tanpa pegangan, rebahlah jiwa. Seperti aku kini.

Akhir-akhir ni jiwa aku selalu terasa kosong, seolah-olah ada sesuatu yg kurang dan hilang dari hudup aku. Walaupun hakikatnya setiap saat aku dikelilingi dengan keriuhan hiruk-pikuk manusia yg sibuk mengejar dunia. Setiap detik aku dikelilingi mereka yg sebelum ini tak pernah gagal mengisi kekosongan hidupku. Sekarang pun mereka masih begitu, masih di situ. Tapi kenapa aku masih rasa sunyi??

Dan baru-baru ini berlaku sesuatu yg membuat aku sedar di mana silapku. Terima kasih kepada 'insan itu' yg telah menyedarkan aku semula. Walaupun secara tak langsung sebenarnya dia juga ada memainkan peranan dalam membawa aku ke tahap ini.

Rupanya selama ini tanpa sedar aku dah jauh hanyut, leka dan lalai. Hanyut terbawa arus dunia yg membutakan lagi menyesatkan. Terlalu jauh aku hanyut hingga aku sendiri tak kenal siapa diri aku. Benarlah kata orang, manusia memang boleh berubah sekelip mata.

Aku sedar kini aku perlu mula semula, tapi aku tak tahu di mana dan bagaimana aku perlu mula. Can somebody please help and save me?? ya Allah.. hanya padaMu aku memohon. Tunjukkan aku jalan keluar. Amin.

4 comments:

AJ said...

lama kaki tak berjalan, pasti bisa hilang ilmu melangkah.
maka.
bertongkat sekejap.
asalkan kamu tahu memilih paut tongkat kamu, pasti kamu bisa melangkah, biarpun setapak saja.
bersabarlah.
selangkah kecil itu permulaan bagi sejalur pelarian kehadapan.
maka.
bertatih semula.
pasti ianya lebih; tapi berbaloi.

*senyum*

oh.
tongkatnya?
kita tak ada lain dari yang dua kan?
pegang dua-duanya, selagi itu kamu akan lurus.
percayalah.
kerana itu yang aku tahu, kita semua percayakan.

*senyum*

hai, saya AJ.

*Senyum*

Firhan A. said...

AJ Hanif,

hai AJ. ya, aku akan mula bertongkat semula. terima kasih atas nasihat yg bermanfaat.

Anonymous said...

Slmt btongkat dbwh tmpurung dhujung kmpung..

Firhan A. said...

Anonymous,
what are you talking abot??