ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Monday, September 4, 2017

kesucian yang menjadi dosa

Perasaan ini mungkin bukan suatu dosa. Kerana ianya hadir secara tiba-tiba tanpa dipinta. Tapi mungkin ianya menjadi kesalahan apabila perasaan itu dipupuk dan dimekarkan tanpa sebarang ikatan.

Hubungan yang dijalin sekian lama tanpa sebarang ikatan ini akhirnya akan membangkitkan nafsu. Dan lama-kelamaan akan hilanglah kesucian perasaan yang pada awalnya tidak berdosa.

Berbeza jika perasaan itu dipupuk dan dimekarkan melalui ikatan pernikahan. Meski nafsu tetap akan hadir, namun kesucian perasaan takkan sesekali tercemar, malah semakin bertambah kesuciannya.

Bagaimana pula jika perasaan itu hadir, tetapi keadaan tidak mengizinkan untuk menjalin sebarang ikatan?

Serahkan segalanya kepada Allah. Minta Dia jagakan kesucian hati dan perasaan hingga terjalinnya ikatan. Jika ikatan tak mungkin terjalin sekalipun, sekurang-kurangnya perasaan itu kekal dalam keadan suci, sesuci asalnya.

Wallahu a'lam.
 

No comments: