ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Thursday, August 24, 2017

the worst day?

This is seriously one of the worst days in my life.

Sudahlah jatuh, ditimpa tangga.. belum sempat bangun dan melepaskan diri dari bawah himpitan tangga, ada pula yang datang mengharapkan sokongan sementara.

Terpaksa.. dalam keadaan sakit, terluka dan cedera teruk, aku kuatkan diri dan bertahan.. cuba menyokong dengan tangga yang menghimpit diri.. supaya dia tak terjatuh dan cedera.

Kadang tertanya.. berbaloikah semua pengorbanan? Untuk apa berkorban sedangkan nasib sendiri tiada yang peduli? Setiap kali dia jatuh terduduk, aku bantu aku jaga aku papah sebaik mungkin agar mampu teruskan langkah walau agak pincang. Tapi sakit aku, luka aku.. langsung tak pernah mereka ambil tahu.

Hendak mengadu.. seringkali diabaikan begitu saja.

Tak mengapa kalau memang tiada yang sudi membantu menjaga dan merawat luka aku. Aku tak terlalu mengharapkan bantuan sesiapa untuk kembali berdiri sebab aku yakin aku mampu bangkit sendiri. I am an independent person, after all.

And I dont mind being a supporting plane. Sekalipun dalam keadaan tersungkur, aku masih mampu jadi tiang penyokong yang kukuh. Tapi kalau setiap kali begini, bagaimana mungkin aku akan bangkit?

Apakah aku langsung tak punya hak untuk bangkit semula setelah tersungkur? Adakah aku tak berhak untuk menjaga dan melindungi diri sendiri? Salahkah aku cuba melindungi diri bila di samping aku cuma ada aku? Salahkah kalau aku cuba membantu diri sendiri di saat tiada siapa pun sudi memandang kesusahan aku?

Selfish kah aku kalau aku pilih untuk membantu diri sendiri dan bukannya orang lain dalam situasi begini?

Or should I just keep ignoring myself and just continue to look after people who never give a damn about my well being?

Just what kind of a relationship is this??
.
.
.
Tetiba aku teringat kata-kata yang pernah diluahkan oleh seseorang terhadap aku suatu ketika dulu:
"..perhubungan ini... hanya untuk mengisi ruang indah hidupmu.. dan bukan ruang indah hidupku... Sungguh, memang kejam zalim tak berperikemanusiaan nilai persahabatan ni.."

And now it seems.. persahabatan ini cuma mengisi ruang indah hidupmu..

And now we know.. betapa kejam zalim tak berperikemanusiaannya sebuah perhubungan. Tapi siapa sebenarnya yang zalim kejam? Terpulang pada masing-masing untuk menilai.

Is this what they call 'karma'?
 

No comments: