ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Sunday, January 17, 2016

tawar hati

Sekeping kaca, kalau dah pecah, takkan dapat dicantum semula. Letak la berapa banyak gam sekalipun, atau berapa gulung tape pun, hasilnya takkan sama dengan keadaan asal.

Hati manusia pun sama macam tu. Tapi hati manusia biasanya lebih kukuh. Kali pertama dilukai, ia masih boleh sembuh sendiri. Kali kedua pun mungkin masih boleh. Tapi parutnya mula meninggalkan kesan.

Tapi kalau dah banyak-banyak-banyak kali? Ada ke hati yang masih boleh bertahan? Mungkin ada yang masih boleh pulih sepenuhnya, tapi mungkin cuma satu dalam sepuluh juta. Kebanyakannya pasti takkan dapat dipulihkan kembali kepada asal.

Kalau difikirkan, hati yang keras lah sepatutnya yang mudah pulih. Sebab bila keras, ia tak mudah tercalar atau terluka, berbanding yang lembut. Tapi yang peliknya, hati yang keras lah yang mudah menyimpan dendam. Manakala yang lembut mudah memaafkan dan melupakan.

Pelik bukan? Ada sesiapa tahu kenapa begitu?

 

No comments: