First and foremost, apa yang aku nak tulis ni bukan ditujukan kepada sesiapa. Ini adalah satu lagi nota untuk peringatan diri sendiri yang selalu lupa dan tak sedar diri. Tapi harap-harap ada ilmu yang berguna yang boleh anda semua ambil sebagai pengajaran dan pelajaran.
Sebelum cuba nak mengubah orang lain, cuba kita ubah diri sendiri dulu. In fact, lebih baik kita ubah diri kita sendiri daripada sibuk nak cuba ubah orang lain. Sebab, bila kita dah berjaya ubah diri kita, insyaAllah, automatically, semuanya akan berubah.
Berubah yang aku maksudkan di sini adalah berubah ke arah yang lebih baik. Berubah ke arah yang lebih positif. Kadang-kadang, kita kurang berjaya dalam apa yang kita usahakan adalah kerana sikap kita sendiri yang sibuk pandang dan fikir pasal orang lain. Sedangkan diri sendiri yang banyak bermasalah pula tak cuba diperbaiki.
Sebagai contoh, kita nak orang suka kat kita. Nak orang sayang kita. Nak orang terima diri kita. Tapi kita sendiri banyak perangai yang tak betul. Suka buat masalah. Suka buat orang marah. Suka sakitkan hati orang. Suka gaduh. Suka menipu. Cakap berbelit-belit. Di mulut bukan main manis cakap berbunga-bunga, padahal dalam hati hitam, kotor, pahit. Depan orang lain berlakon baik padahal dalam hati bukan main lagi membenci mengutuk mencaci maki. Perasan bagus, perasan perfect, perasan hebat. Tapi mengharapkan orang untuk suka kita, sayang kita, terima kita seadanya konon.
Agak-agak, nak ke orang suka? Ada ke orang boleh terima? Kalau pun ada orang yang sanggup terima seseorang dengan perangai sebegitu, dalam hatinya pasti mengharapkan perubahan dalam diri orang tu.
Tapi kebanyakan orang yang berfikiran waras takkan boleh terima individu yang macam tu. Kalau kita pun berhadapan dengan orang sebegitu, kemungkinan besar kita pun takkan dapat menyukai dan menyayangi dia.
Satu lagi contoh, bila ada orang tak suka kat kita, benci kita. Entah apa sebabnya dia tak suka kita, kenapa dia benci kita, kita pun tak tahu. Tapi dia suka cakap buruk pasal kita, maki hamun kita dan sebagainya. Kita pulak sebab sakit hati punya pasal, terus marah-marah dia, benci dia. Kutuk-kutuk dia, maki hamun dia, cakap hati dia busuk la, hati kotor la, hati hitam la. Kita cipta permusuhan dengan dia. Do you guys think that is the right way to handle those people?
Jawapannya, no it is not. Sebab, bila kita buat begitu, maknanya kita sendiri sebenarnya tak jauh beza daripada dia. Bila kita ikut sama membenci dan memaki hamun seseorang, terutama orang yang membenci kita, maknanya hati kita tu pun sama kotor jugak la sebenarnya. Ataupun mungkin lebih kotor lebih hitam lagi, tapi kita yang tak sedar sebab tak pernah tengok dalam cermin diri.
The best way is, bila ada orang benci kat kita, kita cuba sayang dia. Sayang dengan ikhlas, bukan dengan niat untuk berdendam. Tapi malangnya, hampir tak ada orang yang mampu buat macam tu. Even myself pun, aku tak pasti kalau aku mampu. Paling-paling pun, mungkin aku cuma akan buat tak tahu je. Most of us will be capable to do only that.
So, instead of kita cuba ubah diri orang lain, apa kata kita cuba ubah diri kita. Kalau tak nak orang benci kat kita, kalau kita nak orang suka kat kita, kita la yang patut buang dulu rasa benci dari hati kita. Kita la yang patut terlebih dulu tanamkan rasa sayang dalam hati kita. Suburkan rasa kasih, hormat-menghormati, dan saling menyayangi.
Kalau nak orang suka kat kita, buatlah perkara-perkara yang orang suka. Binalah peribadi yang semua orang suka. Yang boleh buat hati orang lain sejuk, tenang, dan damai bila tengok. Barulah boleh timbul rasa sayang yang ikhlas dari hati orang tu.
Lagi satu, usahakan untuk buang segala sifat negatif dari dalam hati dan diri kita, dan gantikan dengan nilai-nilai yang positif. Kadang-kadang, salah satu sebab kita mudah membenci, mudah dengki, mudah sakit hati dengan orang lain adalah sebab terlalu banyak sifat negatif dalam diri. Bila terlalu banyak sifat negatif, fikiran pun lama-lama akan jadi negatif. Sebab tu, bila apa-apa berlaku, kita terus fikirkan yang negatif. Bila ada masalah sikit, terus fikir yang negatif. Sentiasa memanjang negatif. Sebabnya, dalam minda tu dah disetkan dengan perkara-perkara negatif. Ini satu lagi punca kenapa manusia susah nak berjaya dalam apa yang diusahakan, dan susah nak bahagia.
Perkara sebaliknya pun boleh berlaku. Bila terlalu banyak sangat fikirkan yang negatif, lama-kelamaan sifat negatif pun muncul. Contohnya, kita takut disakiti orang lain. Terlalu takut disakiti. Dan sebab terlalu takut, kita jadi berprasangka pada semua orang. Orang cuba buat baik pun kita berprasangka. Kalau orang buat jahat apatah lagi.
So, kesimpulannya, let's try to change ourselves. Be a more positive person. Be a better person. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Bukan untuk kebaikan orang lain, tapi untuk kebaikan kita sendiri jugak. Sebab, di akhirnya nanti, kita juga yang akan dapat hasilnya. Iaitu ketenangan, kebahagiaan, kedamaian, dan kesejahteraan hidup. InsyaAllah.
Semoga Allah memberikan kita semua hati yang bersih, ikhlas, dan suci. Dan semoga Allah mengurniakan hidayah dan taufiqNya untuk kita semua berubah jadi lebih baik. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita dengan sifat-sifat mahmudah, sifat-sifat positif, dan semoga Allah menjauhkan kita daripada segala sifat yang negatif, keji dan mazmumah. Amiin.
Akhir sekali, ambillah kata-kata hikmat ni buat pedoman, special from me:
"Hanya keikhlasan yang akan menarik keikhlasan. Hanya kasih sayang yang akan menimbulkan kasih sayang. Dan hanya fikiran yang positif akan membuahkan hasil yang positif.". - Fir 2016 -
Wallahu a'lam.. wassalam...

No comments:
Post a Comment