ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Friday, November 27, 2015

tarikh keramat

Assalamualaikum..

Sebenarnya benda ni aku nak tulis hari tu, tapi disebabkan hati, minda dan jiwa yang masih kusut serabut, jadi agak tergendala sekejap. Mana tak kusut serabut, baru beberapa hari dapat sign yang memberi harapan menggembirakan, tapi lepas tu tiba-tiba harapan dijatuhkan dihempas ke batu oleh orang yang sama yang memberi harapan. Jawapan yang dicari pulak tak dapat. Stress betul minda, jiwa, dan hati dibuatnya.

Kalau diikutkan sekarang pun masih stress dan tak faham, tapi oleh sebab individu-individu yang berkenaan yang sepatutnya bertanggungjawab tak nak bertanggungjawab, jadi terpaksalah terima. Keputusan orang lain kita kenalah hormat, kan? Kenyataan pun perlu diterima walaupun melukakan.

Whaterver. See? My seplelling pun dah jadi berterabur. Lantak la, mals nak betulkan. Serabut!

Anyway, kita lupkana sekejap keserabutan tu semua. Kita fokus pada perkara yang lebih penting. Aku rasa ini berguna untuk dikongsi bersama. Sebagai peringatan dan panduan.

Erm, aku tak ada idea nak tulis apa sebenarnya. Maklumlah, masih kusut srrabut. So, korang tengok jelah video ni dulu. Mungkin lepas tu korang akan faham apa yang aku cuba sampaikan. Bila dah faham, jom sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan apa yang perlu difikirkan dan direnungkan.


hm..erm..hurm..

Semoga kita semua akan dapat pengakhiran yang baik. Amiin.

Wassalam.

*Kaki:
Aku perasan aku dah hilang keupayaan untuk menulis input yang berfaedah untuk diri sendiri dan orang lain. Kadang-kadang ada topik untuk dikongsi, tapi tak mampu cari idea untuk huraikan. Ada cerita untuk dikisahkan, tapi tak ada hati untuk menulis. Puas aku cuba fikir, tapi tetap kosong. Untuk meyakinkan diri sendiri pun aku dah tak mampu. Terlalu kecewakah aku? Atau kehilangan inspirasi setelah kehilangan segalanya? Yang pasti, banyak yang hilang bersama hilangnya sesuatu yang aku paling sayang. Hati, minda, jiwa, semangat, keinginan, keyakinan, kepercayaan, keupayaan minda. Segala-galanya.. hilang. I lost myself when I lost you. I need you. Don't you understand that?
 

No comments: