Kadang-kadang aku rasa hidup aku ni cuma untuk gembirakan dan puaskan hati orang lain je.
Setiap kali, aku yang perlu lepaskan dan korbankan segalanya untuk kebahagiaan dan kegembiraan orang lain. Duit, masa, perasaan.. semua aku korbankan. Semua yang mereka mahu, aku beri. Semua yang mereka minta, aku tunaikan. Atas nama persaudaraan, persahabatan dan kasih sayang.
Tapi mereka langsung tak pernah fikir atau peduli pasal aku. Perasaan aku, hati aku. Gembirakah aku? Bahagiakah aku?
Aku tak minta banyak pun. Aku tak minta apa-apa balasan pun. Aku cuma mahu difahami. Aku cuma mahu dihargai. Bukannya dipergunakan dan diperlakukan seolah-olah aku ni tak ada perasaan.
I am a human, okay?! Bukan patung. Bukan robot. Mungkin aku sedikit naif, tapi aku pun manusia biasa, sama macam kau, macam dia. Aku pun ada perasaan, ada hati.
Tapi kenapa korang semua buat aku macam ni?!!
No comments:
Post a Comment