ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Wednesday, July 30, 2014

Calon Jodoh

Sejak akhir-akhir ni, persoalan tentang kahwin macam dah jadi soalan feveret di kalangan famili. Mak, bapak, adik-adik.. semua tanya bila nak kahwin.

Mak bapak risau kalau-kalau aku tak dapat jodoh. Adik-adik pun selalu tanya bila kakak nak kahwin.

Luckily, sedara mara tak ada yang dekat-dekat sini. Kalau tak, mungkin lebih tensyen.

Kadang-kadang aku cakap je, dun wori, aku dah ada calon, cuma tunggu masa je. Tapi kebanyakan masa aku diam, malas nak jawab sebab tak tahu nak jawab dan explen macam mana.

Pasal calon, memang aku ada pun sebenarnya. Tapi mungkin tak berapa nak menepati cita rasa mak bapak aku. Dan aku sendiri tak pasti kalau dia pasti nak jadikan aku isteri. Sebab cara dia kadang-kadang buat aku ragu. Aku tak dapat nampak, tak dapat kesan, di mana kesungguhan dia untuk jadikan aku isteri.

Kadang-kadang gaya dia macam nak hantar wakil meminang esok hari. Tanya pasal kesediaan aku terima dia segala bagai. Padahal sebenarnya dia sendiri nak berdepan dengan mak bapak aku pun tak berani.

Hm, entahlah. Mungkin dia sendiri sebenarnya masih ragu tentang aku. Mana taknya, kehidupan dia memang dah cukup sempurna. Tanpa aku pun hidup dia memang dah cukup sempurna dan bahagia. Dia tak perlukan aku pun untuk sempurnakan hidup dia. Jadi mungkin aku ni sebenarnya tak diperlukan pun dalam hidup dia.

Hm, biarlah. Kalau memang dia tak perlukan aku, apa boleh aku buat. Terima ajelah..

No comments: