ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Tuesday, July 1, 2014

Muhasabah (episod 103)

Kisah Sebatang Pohon
Dulu masa zaman muda remaja, semua terasa senang dan ringan. Tapi kenapa sekarang perkara yang sama terasa begitu berat?

Adakah disebabkan suasana sekeliling? Atau pengaruh orang luar? Atau disebabkan diri sendiri yang terlalu rapuh?

Mungkin kerana dahan yang terlalu rapuh, pohon yang sekian lama berdiri itu kini kian roboh, meskipun akarnya kukuh kuat mencengkam bumi.

Mungkin, jika ada dahan lain yang boleh menjadi sokongan tempat ia bersandar, pohon itu akan mampu untuk terus berdiri.

* * * * * * * * * * * * * *


Muhasabah #03
Terlalu sibuk dengan urusan dunia boleh menyebabkan seseorang lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba.

Pada kebanyakan waktu, letih dijadikan alasan. Padahal pada hakikat sebenarnya, kita sendiri yang malas dan tak ada kemahuan.

Kadang-kadang kita perlu paksa diri sendiri untuk buat sesuatu. Terutama apabila nak mulakan sesuatu.

Permulaannya mungkin terasa agak berat dan sukar, tapi insyaAllah lama kelamaan hati akan terdidik dengan sendirinya.

Waktu itulah kita akan terasa keindahan dan kemanisannya, dan takkan ada lagi rasa terpaksa.

No comments: