ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Tuesday, May 20, 2014

Salah Siapa?

Terjumpa ini di facebook, dan rasa macam agak terasa. Memang ini yang aku cuba buat sejak mula-mula dapat tahu kenyataan tentang seseorang. Tapi agaknya seseorang tu terlalu lembab sangat pemikiran dia untuk faham semua ni. Akibatnya nampak macam aku yang bersalah.


Apa pun aku rasa peringatan ni sangat unfair sebab seolah-olah cuma menyalahkan perempuan. Padahal bukan semua persahabatan dengan suami orang berpunca daripada salah perempuan.

Macam mana pulak dengan suami orang yang gatal tak sedar diri? Yang kacau perempuan lain tapi menipu dan tak mengaku dia dah kahwin?

Boleh ke mereka bersahabat dengan perempuan lain tanpa memperkenalkan perempuan tu dengan isterinya? Dan boleh ke mereka menghubungi perempuan lain tanpa pengetahuan isterinya?

It's just so unfair to blame only one side. Meh aku betulkan sikit peraturan ni.

KEPADA LELAKI YANG BERGELAR SUAMI, KALAU NAK BERSAHABAT DENGAN SEORANG PEREMPUAN, KENALKAN DULU DIA DENGAN ISTERI. BARULAH TAK TIMBUL PRASANGKA DAN HURU-HARA. PERLU DIINGATKAN JUGA, JANGAN SESEKALI MENGHUBUNGI PEREMPUAN LAIN TANPA PENGETAHUAN ISTERI. IA BOLEH MENYEBABKAN FITNAH DAN BERDOSA BESAR!! ADA FAHAM?!!




*kadang-kadang bengang dengan orang yang suka buat-buat tak faham. Dalam hal dosa-pahala pun nak buat-buat bodoh. Memang bodoh!!

Tambahan: syukur nampaknya sekarang dia sudah mahu faham tentang adab pergaulan. Alhamdulillah.. :)

No comments: