Dalam hidup, aku cuma ada satu matlamat dan impian. Iaitu nak jadi muslimah solehah.
Macam perasan bagus kan, simpan cita-cita macam tu? Tapi tu la satu-satunya cita-cita aku sejak aku melangkah masuk alam dewasa.
It's not easy though. Banyak dugaan dan godaan yang ada.
Setakat ni dugaan paling besar aku rasa ialah kehadiran seseorang dalam hidup aku.
Memang tak dinafikan kehadiran dia buat aku rasa bahagia. Tapi kalau difikirkan sedalamnya, mungkin itu semua hanya satu ujian untuk menguji sejauh mana ketabahan dan kesungguhan aku.
Dan secara jujur, ada kalanya jiwa aku lemah juga bila diuji sebegitu. Ada kalanya nafsu berjaya mengalahkan akal dan iman. Mujur dapat diselamatkan semula dengan bermuhasabah sekali-sekala.
Doakan aku agar terus kuat menghadapi ujian ini. Dan semoga aku berjaya didik hati dan iman aku agar yakin dengan ketentuan.
Ameen..
*hati: *
berharap agar dialah yang akan jadi pembimbing
dalam mencapai matlamat itu nanti
tapi...
berharap agar dialah yang akan jadi pembimbing
dalam mencapai matlamat itu nanti
tapi...
No comments:
Post a Comment