ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Wednesday, October 2, 2013

Makan Time

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam merupakan malam yang menggembirakan buat aku setelah beberapa ketika. Sebabnya semalam aku berpeluang dinner dengan member yang dah lama aku tak jumpa. Yang sama-sama menghadapi tekanan kerja dan menemani satu sama lain semasa pertama kali aku jejakkan kaki ke dalam alam pekerjaan.

Mereka lah kawan pertama aku dalam dunia pekerjaan. Dan syukur, persahabatan kami masih kekal sampai hari ni walaupun masing-masing dah tak lagi bekerja di tempat yang sama.

The plan was actually done only the past two days. Macam biasa, Kak Ila yang suggest untuk buat gathering sementara Kak Mimi is in town. Aku pulak macam biasa cuma on je.

Tapi ada satu masalah aku setiap kali kalau nak ikut gathering yang diadakan waktu malam. Disebabkan lokasi istana aku yang agak jauh dari bandar, kemungkinan untuk tak dapat approval dari raja dengan permaisuri tu agak tinggi. Itu la salah satu keburukan jadi princess ni - kurang bebas dan pergerakan selalu dikawal. Kekadang rimas jugak dibuatnya. Nasib baik lah raja dan permaisuri tak strict sangat, jadi biasanya dapat la aku lepas.

So lepas Maghrib aku terus gerak dari rumah. Bila dah sampai bandar, ada satu lagi masalah aku. Walaupun aku memang tahu jalan-jalan dekat bandar, tapi aku kurang familiar serta kurang expert dengan selok-belok simpang-siur lorong di sana. Lebih-lebih lagi bila driving waktu malam. Walaupun aku tak ada masalah rabun malam, tapi kekurangan cahaya yang ada selalu buatkan aku sesat, especially bila driving di tempat-tempat yang aku kurang familiar.

Macam semalam. Dah la aku tak pernah pergi tempat yang diorang buat gathering tu, nama dia pun baru first time dengar, so memang jenuh la aku nak cari tempat tu. Driving pun dah entah macam apa. Ikut suka hati aku je nak tukar lorong ke nak belok mana ke. Macam tu la agaknya gaya orang yang driving sambil mabuk kot, kuikuikui.

Mula-mula aku cuba cari sendiri based on some info yang aku dapat dari member sebelum tu. Tapi bila dah setengah jam pusing-pusing kat tempat yang sama dan tak pasti kat mana arah destinasi yang sebenarnya, aku call member tanya kat mana.

Rupa-rupanya kedai tu duduk kat hujung lorong yang jauh tersorok kat belakang nun. Patut la aku tak jumpa-jumpa. Sampai-sampai je diorang dah start nak makan. Aku apa lagi, sampai je terus makan la, semua dah siap dimasak dan terhidang, kehkehkeh..

Kitorang cuma berempat je malam tu sebab yang dua orang lagi tak dapat datang. Tapi tak apalah, at least boleh jumpa seorang dua kira okey la tu. Kitorang makan steambot je, tapi masing-masing makan banyak giler. Tak padan dengan jumlah manusia yang makan. Aku tengok group gentlemen (bukan geng kitorang) yang duduk meja sebelah pun tak makan sebanyak yang kitorang makan kot. Padahal jumlah ahli dalam group diorang tu lagi ramai.

Lepas tu dah habis main dishes kitorang boleh bantai pulak makan aiskrim sampai 2-3 mangkuk. Memang giler kenyang la balik tu. Aku balik je terus terbongkang tidur, but of course la lepas solat Isyak keyh. Dalam pukul 10 malam kot baru kitorang gerak balik.

Time balik pun aku driving macam orang tak sedar diri dah. Entah la sebab kenyang sangat ke hepi sangat ke apa. Boleh pulak aku lupa bukak lampu dan redah drive dalam gelap. Jauh jugak la aku drive tanpa lampu, dalam 10km kot. Tapi nasib baik la ada lampu jalan, so rasanya kereta lain masih boleh nampak kot kewujudan kereta aku kat situ. Aku cuma tersedar yang aku tak bukak lampu bila ada kereta lain macam nak menghimpit kereta aku. Giler. Mesti dah ramai yang mengutuk menyumpah seranah aku sebelum tu agaknya.

Lantak la.. kuikuikui.

Sebagai oleh-oleh aku hadiahkan beberapa gambar untuk tatapan korang. Tapi tak boleh banyak sangat letak gambar, nanti ada yang tergoda. Semua dah berpunya tu yang ada dalam gambar tu, hikhikhik..

Nah ambik la...

tujuan gathering sebenarnya nak jumpa si 'hero kecik' tu, hehe

Alhamdulillah, kenyang.. licin tu pinggan, heheh.

Sekian.


Crapped by,                                                  
 

2 comments:

bumper viva ku tanggal said...

Sy kurang suka mkn reramai, takot kena ngecek, tp sy suka ngecek org lain.. jadi sy lebih suka mkn reramai.

Firhan A. said...

oo yeke? tak tanya pun.. mesti bumper viva awak tu tanggal sebab suka sangat ngecek orang.