ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Friday, October 4, 2013

What Ever ~1

Sebelum aku buat comeback untuk blog ni hari tu, ada satu benda je yang aku fikir berulang-ulang kali. Patut ke aku terus menulis bila apa yang aku tulis semuanya tak membawa makna ataupun kebaikan pada sesiapa yang membaca?

Bagi pembaca setia blog aku sejak 5 tahun lepas, mungkin korang perasan perubahan yang ada dalam penulisan aku. In fact, pembaca yang baru jumpa blog aku semalam pun mungkin boleh nampak perbezaannya kalau korang rajin korek post-post lama aku dan bandingkan. Baik dari segi gaya, bahasa, mahupun isi, semuanya dah berubah. Jelas lagi ketara.

Dulu aku banyak bincangkan pendapat aku tentang macam-macam perkara. Walaupun memang tak dinafikan ada jugak kisah peribadi yang syok sendiri, tapi banyak jugak yang berisi nasihat, peringatan, dan pengajaran yang boleh dikongsi dengan pembaca.

Tapi sekarang hampir semua hasil penulisan aku adalah berkisar tentang rasa, emosi, jiwa, dan yang sewaktu dengannya. Pendek kata semua tulisan aku sekarang adalah berbentuk luahan jiwa dan emosi yang terlalu peribadi sebenarnya untuk dikongsi. Langsung tak memberi faedah kepada pembaca dari segenap umur dan pelosok dunia.

Sebab tu sebenarnya aku mula-mula terfikir nak delete je terus blog ni, tak pun private kan je. Sebab kalau orang baca pun mesti akan rasa macam "eww.. entah apa-apa je.." Tapi kalau nak delete rasa sayang pulok.

Actually memang dah cuba buat pun private kan blog hari tu. Tapi lepas tu rasa macam tak puas bila benda yang ditulis cuma boleh dibaca oleh diri sendiri. Kalau setakat untuk bacaan sendiri baik tulis dalam diari atau tak payah tulis langsung, kan. Lagipun rasa macam tak terluah je benda yang nak diluahkan bila cuma diri sendiri yang baca. Sebab membaca sendiri luahan hati sendiri sama je macam memendam dalam diri sendiri. Tengok dah start merapu apa-apa entah.

So that's why akhirnya aku ambik keputusan untuk tukar url blog. Supaya aku boleh menulis secara bebas tanpa perlu fikir apa yang akan orang kata atau komen pasal aku. Sebab sebenarnya aku sangat ambil kisah kalau orang yang aku kenal dan mengenali aku buat spekulasi tentang aku. Lain la kalau aku tak kenal kau dan kau tak kenal aku, memang aku tak bagi 'shit' pun apa yang kau fikir pasal aku.

Setakat ni cuma seorang je kot individu yang aku tak bagi 'shit' pun pasal apa yang dia fikir pasal aku. Sebab memang cuma dengan dia aku boleh jadi semua yang aku mampu jadi. Lagipun aku tak berapa kenal dia kot untuk bagi 'shit' pasal apa yang dia fikir pasal aku. Sebab tu cuma dia je satu-satunya individu yang tau alamat baru ni. Itu pun sebab dia sendiri yang gigih nak cari.

Selain dia, harap-harap takkan ada sesiapa lagi yang tahu alamat baru aku ni. Dan kalau ada pun yang terjumpa blog ni, harap mereka boleh faham dan hormat privacy aku.

Dan lagi satu, aku malas dah nak fikir tajuk untuk post-post aku. Kalau bertajuk pun kadang-kadang tak relevan, so better as well be just untitled.

Crapped by,                                                  
 

No comments: