Assalamualaikum..
Dulu masa kecik-kecik, waktu balik sekolah dan waktu cuti sekolah adalah masa yang paling ditunggu-tunggu. Masa tinggal di asrama pun tak sabar nak tunggu hujung minggu untuk balik.
Sebabnya tak sabar nak balik rumah, jumpa dengan family, berkumpul dengan semua adik-beradik. Waktu tu lah waktu yang paling menggembirakan sekali. Lebih-lebih lagi bila adik-beradik ramai, memang riuh rumah bila semua ada.
Tapi sekarang bila masing-masing dah dewasa, seorang demi seorang pergi tinggalkan rumah. Ada yang masuk sekolah berasrama, ada yang belajar atau bekerja di perantauan, dan ada yang dah berkeluarga dan tinggal di rumah sendiri.
Yang masih tinggal di rumah cuma mak, abah, dan seorang dua adik-beradik yang masih bujang.
Time-time macam ni lah 'kesosialan' itu perlu. Sebab kalau tak ia boleh membawa kepada suatu keadaan yang dipanggil 'sindrom kesunyian melampau' macam yang sedang aku alami sekarang.
Aku tak tau sejak bila dan dari mana sindrom ni mula muncul. Setahu aku selama ni aku memang seorang yang sukakan keadaan yang sunyi. Malah sebagai seorang yang introvert, keadaan sunyi dan bersendiri adalah kegemaran aku dalam kebanyakan waktu.
Cuma mungkin kesunyian yang aku alami sekarang terlalu sunyi hingga kadang-kadang terasa macam membunuh. Hinggakan kadang-kadang aku rasa aku lebih prefer untuk berada di tempat lain selain di rumah, contohnya di pejabat. Walaupun suasana di pejabat pun taklah riuh mana, tapi sekurang-kurangnya ada lebih ramai orang di situ berbanding di rumah.
Di rumah tak ada apa-apa pun yang mengujakan untuk aku 'look forward to'. Semuanya kosong, sunyi, sepi dan membosankan.
Kalau dulu rumah adalah tempat pertama yang ada dalam senarai tempat paling menyeronokkan, dan aku paling suka berada di rumah. Tapi sekarang ni rumah dah jadi tempat terakhir yang aku nak pergi. It is the last place where I wanted to be.
Sebab tu kalau balik kerja aku selalu balik selewat mungkin. Kalau balik awal pun, aku akan singgah kat mana-mana dan lepak beberapa jam di sana sebelum balik.
Aku rasa mungkin aku perlu dapatkan sebuah 'life' yang lebih so sial sebelum sindrom ni buat aku jadi gila.
Sekurang-kurangnya kalau boleh dapat teman lelaki seorang dua pun okey kot, tak adalah hidup aku rasa sunyi sangat, ye dak?
NotaPeribadi: Time-time macam ni lah aku jadi rindu sangat kat best friend aku. Wish you were here, dear..
2 comments:
Sunyi? Kita ni lahir pun sorang, mati pun sorang, sunyi ni adalah asas sbuah kehidupan.. cewah, berfalsampah la pulak.
Betul.. saya pun kadang-kadang lebih suka sunyi dan sendiri. Tapi mana ada manusia yang boleh hidup sorang-sorang sunyi-sunyi lama-lama. Kalau tak, mungkin Allah tak perlu pun cipta Hawa, sebab Adam dah boleh hidup walaupun kesunyian dan kesorangan.
Lagipun kelahiran dan kematian adalah detik sebelum dan selepas kehidupan, bukannya kehidupan tu sendiri. Jadi maknanya, sunyi bukanlah asas sebuah kehidupan, tapi lebih kepada asal kehidupan.
Dua perkara yang berbeza bukan?
Post a Comment