In life, kita selalu inginkan banyak benda. Impikan banyak perkara. Inginkan macam-macam. Tapi apa yg kita dapat selalunya tak sebanyak mana pun. Kadang-kadang kita cuma dapat sebahagian dari apa yang kita inginkan, dan kadang-kadang kita tak dapat langsung. Tapi walaupun ada kalanya kita tak dapat apa-apa, biasanya kita tetap akan dapat sesuatu dari situ.
Sebagai contoh, dalam hidup aku sendiri. Banyak benda yg aku tak pernah impikan dan idamkan, tapi aku dapat. Dan banyak peristiwa yg aku tak inginkan berlaku, berlaku dalam hidup aku.
Selama aku hidup, aku tak pernah terfikir untuk buat itu, tak pernah terfikir untuk dapat ini. But when the time comes, semua benda yg aku tak pernah terfikir tu la yg berlaku kat aku. Apa yg tak pernah terlintas dalam fikiran aku, itu la yg terjadi. Apa yg selalu aku angan-angankan, kekal cuma sebagai angan-angan je.
Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku dapat apa yg aku tak pernah minta? Kenapa aku dapat apa yg aku langsung tak pernah terfikir untuk minta?
Jawapannya mudah. Untuk mendidik aku supaya aku jadi sorang yg selalu bersyukur. Supaya aku lebih kenal erti hidup dan tanggungjawab. Juga supaya aku boleh improve diri aku untuk jadi sorang manusia yg betul-betul manusia.
Contoh paling mudah tentang apa yg aku tak pernah impikan ialah career aku sekarang. Masa zaman sekolah, aku tak pernah berangan-angan nak ada career. Cita-cita aku masa tu cuma nak jadi surirumah sepenuh masa. And honestly masa mula-mula start kerja dulu pun aku macam tak ada hati nak kerja. Tapi kerana sebab yg aku sendiri tak berapa pasti, aku bekerja jugak. Tapi kerja yg aku buat semuanya sambil lewa. Selalu buat kerja bertangguh macam yg biasa aku buat sejak zaman sekolah. Kadang-kadang ada kerja yg patut aku buat, aku tak buat langsung pun. Niat dan harapan aku masa tu ialah supaya pihak atasan nampak kelemahan dan kekurangan aku. Supaya aku boleh terus berada di tempat yg aku berada. Yup, that's right, my comfort zone. Aku terlalu selesa berada dalam zon selesa aku sampai tak mahu, atau mungkin lebih tepat lagi, tak berani keluar dari situ. Terlalu takut pada perubahan.
Tapi hidup aku berubah kerana aku tak dapat apa yg aku mahukan. Hidup aku sampai pada titik perubahan bila aku dapat apa yg tak pernah aku impikan. Satu hari aku dapat satu tawaran yg mungkin pada pandangan orang lain sesuatu yg sentiasa menjadi idaman, tapi tak bagi aku. Kerana bagi aku, menerima tawaran tu bermakna aku terpaksa keluar dari zon selesa aku, which is the thing that I hate most. Tapi disebabkan aku tak ada pilihan, aku terpaksa terima jugak tawaran diorang.
It finally turns out that accepting the offer isn't that bad. Percaya atau tak, sejak aku terima tawaran tu, aku jadi lebih bersemangat untuk bekerja. Walaupun habit lama (buat kerja bertangguh) masih ada, tapi tanggungjawab dan komitmen yg ada membuatkan aku lebih memahami erti tanggungjawab. Dan semua tu sedikit sebanyak menambahkan keyakinan dalam diri aku dan mengubah aku jadi aku yg sekarang.
Hal yg sama jugak berlaku dalam kehidupan peribadi aku. Sesuatu yg aku tak pernah expect tiba-tiba berlaku and it turns out that it's not a bad thing. Instead of rasa sedih dan menyesal sebab apa yg berlaku tak seperti yg diharapkan, aku rasa gembira sebab semua tu berlaku. Somehow it makes me feel like a human.
Kesimpulannya, apa yg kita dapat dalam hidup kita sebenarnya adalah yg terbaik untuk diri kita. Cuma memang dah jadi sifat manusia yg selalu tak sedar sejauh mana kemampuan mereka lalu meminta dan mingimpikan sesuatu yg sebenarnya di luar kemampuan. Jadi kalau korang tak dapat apa yg korang nak atau korang dapat sesuatu yg jauh menyimpang dari apa yg korang inginkan, jangan sedih dan putus asa.
"Because what you got is actually what you really need, and what you need does not necessarily be what you want."
nota kecik: sangat bersyukur atas semua yg berlaku.. terima kasih Allah.. :)
*mood: tersangat rindukan seseorang.. T_T


4 comments:
Tu adalah slh 1 tnda matang..akn dtg nt lebih bnyk bnda2 pelik blaku..yg mbuat anda lebih matang dn lebih bsmangat mneruskan kehidupan..gudluck.
Awk patut bsyukur ngn idup awk,awk mmg layak dpt yg tbaik..mgkn jgk calon psangan idup nt,hehe.
Nt jap..dh bpunya blm?hehe.
Salam dan syukur,anda memang bertuah..mungkin anda ada yang kurang tapi kelebihan yang ada pada anda telah menutup kekurangan anda,gunakan sebaik mungkin kelebihan itu untuk mencapai cita-cita anda,tidak kira dari segi kerjaya mahupun teman hidup,anda memang layak untuk mendapat yang terbaik kerana anda memang dikalangan yang terbaik.
Post a Comment