Akhir-akhir ni aku selalu rasa jiwa aku macam kosong. Fikiran pun selalu tension, serabut. Mood pun tak menentu, kejap okey kejap badmood kejap malas kejap bersemangat dan macam-macam lagi lah.. semua bercampur-campur. Pendek kata hidup aku rasa sangat tak tenang. Sebab apa aku pun tak tau.
Baru-baru ni aku ada ikut satu program ilmiah yang diadakan kat kampung aku. Baru la aku tau punca sebenar penyakit aku tu. Rupanya semua yang aku alami tu adalah symptom-symptom penyakit hati yang kronik. Dan sebab utama aku dapat penyakit tu ialah sebab terlalu sibuk (konon).
Ya, sibuk. Bukan penyibuk okeh. Korang tau apa maksud sibuk kan? Kalau tak tau sila rujuk kamus.
Mungkin korang rasa pelik, kenapa kesibukan boleh menyebabkan penyakit hati. Apa pulak kaitan antara sibuk dengan hati, kan? Orang sibuk banyak guna hati ke?
Dari segi saintifik dan fizikal memang tak ada kaitan. Tapi dari segi lain, kesibukan dan hati ada kaitan yang sangat kuat dan rapat. Macam isi dengan kuku, macam kau dan aku, malah jauh lebih rapat lagi.
Ok, aku bagi contoh macam mana kesibukan akhirnya boleh menyebabkan penyakit hati.
Contoh paling biasa, di tempat kerja. Kerja banyak menggunung-ganang. Sibuk mengalahkan orang paling sibuk dalam dunia. Nak bernafas pun tak sempat orang kata. Tiba-tiba tengah-tengah sibuk buat kerja tu kedengaran abang bilal azan tanda waktu Zohor dah masuk. Atau kalau yang bekerja kat tengah-tengah bandar yang mungkin tak ada masjid berdekatan jadi takkan kedengaran la suara merdu abang bilal. Macam tu lagi parah sebab silap-silap tak sedar langsung waktu dah masuk. Sedar-sedar je dah pukul 3.30 petang.Kita yang tengah buat kerja ni rasa macam.. alamak, dah Zohor la pulak. Kerja banyak lagi ni tak siap. Bos suruh siapkan semua hari ni jugak. Macam mana ni? Ah, takpelah, siapkan dulu, lepas ni kang baru pergi sembahyang. Dan kita pun sambung la buat kerja. Last-last sampai terlupa terus pasal sembahyang.
Lebih-lebih lagi kalau member-member sepejabat bukan jenis yang ambik berat pasal sembahyang atau tak ambik peduli pasal saudara Muslim yang lain, memang konfem tak ingat la kot. Sampai la masuk waktu Asar. Masa tu baru teringat tadi tak sembahyang. Tapi masih lagi nak tangguh sebab dah nak dekat waktu balik, dalam hati fikir alang-alang baik sembahyang kat rumah ajelah. Orang perempuan kan lebih afdhal kalau sembahyang kat rumah.
Kepala hotak hang la afdhal. Kalau kau memang dah ada kat rumah waktu tu memang la lagi afdhal sembahyang kat rumah, tapi sembahyang AWAL waktu tu yang paling penting, FAHAM??So ni la salah satu contoh macam mana penyakit hati tu boleh berlaku. Tak faham? Okey aku explain.
Macam yang kita tau, sembahyang adalah rukun Islam kedua selepas mengucap kalimah syahadah. Ibadah yang paling utama sebagai sorang Muslim. Jadi kalau sembahyang pun kita tak jaga, apatah lagi amalan-amalan lain, lama-lama iman kita akan berkurangan.
Sebab hati kita ni sebenarnya lembut dan rapuh. Kalau tak dijaga dengan baik dan rapi lama-lama dia akan rosak. Bila hati dah rosak, iman akan pudar dan hidayah pun lama-kelamaan akan hilang. Bila iman dan hidayah dah keluar dari hati, maka gelap dan sesatlah hati tu.
Aku pernah baca dalam satu artikel, antara tanda-tanda iman dan hidayah keluar dari hati adalah rasa resah, gelisah dan sebagainya. Jadi bila dah nampak symptom-symptom macam tu, mungkin kita perlu jumpa doktor secepat mungkin. Tapi bukan doktor kat klinik biasa sebab doktor kat klinik biasa mungkin tak ada belajar macam mana nak rawat penyakit hati yang macam tu. Dalam kes-kes macam ni kita kena cari doktor yang ada kat masjid-masjid atau surau-surau. Cari orang atau kawan yang boleh selalu nasihatkan kita dan ingatkan kita. Paling bagus cari budak-budak tabligh kot, sebab memang kerja diorang bagi nasihat dan peringatan kat orang lain.
Jadi korang pun kalau rasa macam selalu resah gelisah dan tak tenang, cuba check solat korang. Cukup tak 5 waktu. Kalau cukup tapi masih rasa tak tenang, tengok lagi macam mana solat korang. Punctuality korang terhadap waktu solat tu, berjemaah atau tak (bagi lelaki la), dan sebagainya. Lepas tu baru check yang lain-lain.
As for me, alhamdulillah aku dah dapat sikit ketenangan lepas ikut program tu. Program yang aku panggil program membaiki hati sebab dia boleh tolong diagnose dan bagitau cara ubati dan baiki hati-hati yang rosak atau hampir rosak. Sekarang ni dah tau kat mana punca masalah jadi dah tau macam mana nak handle. Cuma aku risau sikit kalau nanti lama-lama penyakit tu datang balik.
Kadang-kadang aku terfikir, mungkin keadaan dan suasana di tempat kerja ni yang buat aku rasa tension. Yelah, kebanyakan yang ada kat sini bukan Islam. Tak sibuk pun pasal waktu sembahyang ke apa. Memang tak ada sesiapa yang boleh ingatkan aku kat sini selain dari diri sendiri. Bila tengok orang lain sibuk kerja dan kerja aje tanpa sembahyang, kadang-kadang diri sendiri pun sampai terlupa nak sembahyang. Bila sembahyang dah tak terjaga tu yang sampai jadi tension macam nak gila macam hari tu.
Nasib baik sempat diselamatkan. Kalau tak mungkin hati aku dah tak wujud sekarang ni. Harap-harap aku mampu jaga hati yang baru keluar workshop ni. Amin.


4 comments:
Alhamdulillah..tu bmkna awk dh jmpa blik apa yg ilang,mgkn lps ni awk lebih bkyakinan..krna awk tau Allah sntiasa mlindungi awk..amin.
entah..mungkin dah jumpa, tapi masih kabur..
hopefully mkin lama mkin jelas,amin..
Oo..kna hti2 tu psl masih kabur,awk pn xpsti lg apa yg awk jmpa..hrp2 mmg yg awk cri.
hrp2 mcm tu la..tp kkdg apa yg sy cari pn mcm kabur je..hmm..
Post a Comment