ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Sunday, January 1, 2012

is this love?? (part 1)

Bismillahirrahmanirrahim..

Dia hanya seseorang yang aku kenali melalui alam maya. Tak pernah sekali pun bersua muka dan tak pernah sekali pun melihat rupa. Jarang sekali mendengar suara dan hanya berhubung melalui tulisan.

Perkenalan pertama bermula apabila kami terlibat dalam suatu pergaduhan kecil yang disebabkan oleh suatu hal yang remeh. Tapi siapa menyangka pergaduhan sekecil itu akhirnya boleh bertukar menjadi sebuah persahabatan, dan akhirnya menimbulkan perasaaan sayang.

Cinta memang bukan dan tak pernah menjadi matlamat dalam hubungan kami. Masing-masing sudah menyedari  dari awal lagi akan hakikat yang cinta mungkin boleh wujud dalam sebuah persahabatan. Jadi sejak dari awal lagi dia telah berterus-terang akan niatnya yang sekadar mahu berkawan. Dan dia juga sering mengingatkan aku agar tak menaruh hati padanya, walaupun aku memang memegang prinsip "tidak mahu bercinta sebelum waktunya". Malah kami pernah berjanji untuk mengawal diri dari saling jatuh cinta.

Tapi apakan daya, kami hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang. Walau sekuat mana prinsip dan pegangan, walau sekuat mana cuba dielak, bila seorang lelaki mula berkawan rapat dengan seorang perempuan, perasaan lain pasti akan timbul. Benarlah kata orang, lelaki dan wanita memang tak boleh jadi kawan baik.

*to be continued*

p/s: ini hanya sebuah cerita rekaan. kisah ini dipaparkan supaya pembaca boleh mengambil pelajaran dan teladan dalam mengharungi hidup. sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pihak, ianya hanya satu kebetulan dan mohon dimaafkan.

No comments: