ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Friday, December 30, 2011

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni fikiran aku sangat berserabut dan kusut. Apa yang aku fikir? Well mostly of course masalah dunia. Masalah cinta, hati, perasaan, hidup, kerjaya, masa depan, pendek kata semua masalah bercampur-aduk jadi satu dan menyesakkan minda aku. Mungkin ini satu lagi sebab kenapa aku tak ada mood nak buat kerja.

Fikiran aku sekarang sangat sesak sampai aku rasa aku dah tak boleh nak berfikir. Sampai nak buat kerja pun aku tak tau apa nak buat, macamana nak buat, kalau buat pun serba tak kena serba tak betul salah sana salah sini. Akibatnya kerja-kerja aku semua tergendala. Haish, susah jugak jadi manusia yang terlalu kuat berfikir ni kan?

Seriously aku rasa aku perlukan sedikit banyak masa untuk tenangkan fikiran. Jadi sempena cuti tahun baru ni aku ingat nak pergi 'bertapa' sekejap.Dan untuk memastikan proses pertapaan berjalan dengan lancar dan telus, segala alat dan medium untuk berkomunikasi akan di 'shutdown' dan di 'nyahaktif' kan sepanjang tempoh pertapaan.

Oh ya, untuk tahun 2012 aku ada beberapa perancangan. Antaranya aku ingat nak berhijrah dan merantau. Tak cukup lagi ke perantauan selama 6 tahun sebelum ni? Memang tak cukup. Enam tahun merantau dulu aku rasa tak ada apa-apa makna, jadi aku nak merantau lagi. Harap-harap kali ni penghijrahan aku berjaya.

5 comments:

Anonymous said...

Nk hijrah mana?jb?

Firhan A. said...

Anonymous,

Anywhere i could.. :)

Anonymous said...

Xpyh la,ada apa kat jb..sesak,jem,pnas.

Firhan A. said...

sy xde kata jb pun encik anonymous..sy kata mana2 je,tp skrg rasa mcm malas pulak nk pegi mana2..sy nk duduk bwh tempurung dlm kotak di bwh teratak di hujung kampung je..

Anonymous said...

Mkna mmg xde prubahan dlm idup..apa pn slmt ddk dlm tmpurung dihujung kmpug.