ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."
Showing posts with label komik. Show all posts
Showing posts with label komik. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

Test bakat.. haha..

Assalamualaikum..

2-3 hari ni aku bosan, tak ada kerja, dan tak ada idea nak update blog. So aku jalan-jalan blogwalking seluruh dunia sambil cari idea. Bila nak cari idea, aku akan berblogwalking secara senyap, so jangan marah kalau aku tak tinggalkan jejak kat blog korang. Ok, back to the topic. Tengah syok jalan-jalan dan baca entri orang, aku terjumpa beberapa blog yang menggunakan teknik penceritaan berbentuk grafik, kartun, atau komik. Serius, aku rasa lukisan mereka sangat comel dan cerita yang disampaikan nampak lebih menarik dengan cara tu.

So memandangkan aku tak ada kerja, aku pun test bakat melukis aku. Aku tau aku langsung tak ada bakat dalam seni. Ya, mak aku cakap aku memang teruk kalau masuk bab seni. Itu realiti. Aku tahu. Jadi aku cuba melukis menggunakan paint. Paint je?? Yelah, kau ingat aku hebat sangat ke nak guna software canggih-canggih macam photocopy apa ke benda tah nama dia tu. Aku setengah buta IT, ya aku mengaku, tapi setengah je lah.. And so what?? At least aku ada blog sendirik.. kira okey lah tu kan, tak lah buta sangat... (wahaha.. ayat tak boleh blah betul..)

Ok ok.. cukup merepek.. Nak tengok hasil kerja aku?? Tengok ni:








"Kisah ini diadaptasi dari sebuah kisah benar yang dah lama berlaku. Kalau tak faham jalan cerita lain kali aku cerita."
Ya, aku tau hasil kerja aku tak cantik mana pun.. Tak kisah la korang nak gelak ke apa.. nak kutuk pun tak kisah. Janji aku puas hati sudah. Serius, macam best jugak perasaan buat benda-benda macam ni. Lagi-lagi bila tak ada kerja macam sekarang. So jangan salahkan aku kalau dalam entri-entri akan datang aku guna teknik penceritaan berbentuk macam ni (kalau rajin melukis). Salahkan blogger-blogger lain yang mempengaruhi minda aku yang tak berapa nak kreatif nih. hahaha..

p/s: Minggu depan ada exam english dan quiz computer.. Seperti biasa aku tak bukak buku pun lagi.. haha.. And omaigod, aku baru sedar, dah half semester rupanya. Yes, dah tak lama lagi.. haha..

ok, bye, aku nak study.. selamat berbuka puasa semua.. :)