Malam yg tenang. Di bawah sinaran bulan penuh. Sekali lagi si gadis sepi meluahkan keresahan hati kepada sahabatnya.
GadiSepi: Sahabat, aku sangat takut. Bolehkah jika aku terus kekal begini? Maksud aku terus berada di sini dan kekal sebagai gadis yg sepi?
Sahabat: Tak boleh gadis. Kau tak boleh terus begini. Kau perlu keluar dari dunia kau. Kau perlu lihat dan kenali dunia luar. Kalau tak sampai bila-bila pun kau akan terus begini. Kesepian tanpa teman.
GadiSepi: Mungkin itu yg terbaik untuk aku. Lagipun aku sudah ada kau sebgai peneman. Kau sahabat terbaik aku. Itu sudah cukup bagi aku. Kau akan sentiasa ada di sisi aku kan?
Sahabat: Ya. Aku memang akan sentiasa berada di sisi kau. Tapi kau masih perlu mengenali dunia, gadis. Kau perlu ingat, dunia bukan hanya berkisar tentang kau dan aku. Banyak lagi yg perlu kau ketahui. Mungkin di sana nanti kau akan temui sahabat yg sejuta kali lebih baik daripada aku.
GadiSepi: Tapi aku risau, sahabat.
Sahabat: Kenapa? Apa yg kau risaukan?
GadiSepi: Bagaimana agaknya kehidupan di luar sana nanti? Pastinya banyak cabaran dan dugaan yg perlu aku hadapi.
Sahabat: Ya, gadis. Kau memang tak silap. Kehidupan di luar sana memang amat mencabar. Kerana itu aku nasihatkan kau supaya berhati-hati. Jangan mudah percaya dengan setiap manusia yg kau jumpa. Mereka ada terlalu banyak ragam dan gelagat.
GadiSepi: Ya, aku faham. Tapi aku tetap risau.
Sahabat: Kenapa pula?
GadiSepi: Aku risau jika aku tak mampu berpegang pada prinsip dan pendirian yg aku pergang selama ni. Kau faham kan apa maksud aku?
Sahabat: Ya, aku tahu. Aku amat faham, gadis. Apa yang penting, kau jadilah diri kau sendiri. Pergang erat-erat pendirian kau itu. Jangan sesekali lepaskan apa yg kau pegang. Jangan risau, gadis. Aku cukup yakin kau akan mampu menghadapinya.
GadiSepi: Kau doakan aku ya, sahabat.
Sahabat: Ya, baiklah. Kau tak perlu risau. Aku memang sentiasa doakan agar kau sejahtera selalu.
GadiSepi: (senyum) Terima kasih sahabat.
*imported from my other blog*
autopost
autopost