ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Sunday, October 12, 2014

Lari

Dah terlalu banyak kali aku cuba. Kali ini entah kali keberapa aku cuba lari. Tapi mengapa setiap kali aku cuba menjauh, setiap kali itulah takdir seolah-olah cuba menghalang aku daripada pergi.

Salahkah apa yang aku cuba buat? Salahkah untuk aku berundur dari kehidupan dia?

Aku fikir ini jalan yang terbaik buat semua orang supaya semua orang bahagia. Tapi mungkin apa yang aku fikir ini salah. Mungkin apa yang aku rencanakan bukanlah yang terbaik. Mungkin Dia telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk aku di sini.

Aku pasrah. Aku mengalah. Aku berserah pada takdir. Seandainya kekal di sini itu lebih baik bagi semua orang, aku terima. Tapi seandainya menjauh itu lebih baik, biarlah aku pergi. Aku mohon, ya Allah, permudahkanlah jalan yang terbaik untuk semua orang.

Aameen ya rabbal alamin...

No comments: