ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Thursday, September 18, 2014

Marah & Emosi

Dalam blog ni, ada banyak post-post yang ditulis mengikut emosi, terutama sejak akhir-akhir ini, mungkin.

Kebiasaannya, bila tengah beremosi, aku memang akan lepaskan dengan menaip segalanya di blog. Tapi biasanya tak sempat publish pun. Ingatkan nak publish lain kali. Tapi next time bukak blog emosi dah reda, dan luahan yang ditaip kekal sebagai draf.

Tapi akhir-akhir ni kecelaruan emosi hampir tak pernah reda. Jadi banyak post-post luahan emosi yang ter'publish. Dan bila dah ter'publish, malas nak edit atau delete balik.

So aku nak mintak maaf la kalau ada mana-mana pihak yang tersinggung atau terasa dengan luahan emosi aku. Seriously, sumpah, aku tak ada niat nak singgung perasaan sesiapa.

Makanya, kita sebenarnya tak digalakkan untuk berkata-kata semasa emosi tengah celaru atau semasa fikiran tengah serabut. Sebab apa yang kita luahkan biasanya bercampur dengan perasaan marah semata-mata dan bukan isi hati kita sebenarnya. Dan apa saja keputusan yang dibuat ketika itu pasti akan mengundang penyesalan.

Hm.. entah apa-apa benda entah yang aku 'ngerepak' 'ngereco' tok. Lantak la.. bye.

No comments: