ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Sunday, September 7, 2014

Selfish

Lebih dua tahun lalu, kau pernah kata, aku pentingkan diri.

Ya, mungkin aku memang pentingkan diri. Tapi bukan diri aku sendiri, sebaliknya diri kau.

Aku pentingkan diri kau lebih daripada diri aku. Malah lebih daripada keluarga aku sendiri. Aku utamakan kepentingan kau lebih daripada kepentingan diri dan keluarga aku sendiri. Biarpun aku sendiri susah, aku tetap cuba gembirakan kau. Walaupun keluarga aku juga memerlukan aku, aku tetap utamakan kau. Aku sanggup tahan dan telan semua kesakitan dan kepahitan, asalkan kau gembira.

Tapi kau sikit pun langsung tak ingat aku. Apa lagi peduli pasal aku. Kau langsung tak hargai persahabatan dan pengorbanan aku.

Kau langsung tak nak ambil tahu pasal aku. Kau hanya fikir pasal kebahagiaan dan kegembiraan kau je. Ada kau fikir tentang keadaan aku? Pernah kau fikir macam mana kehidupan aku sekarang? Pernah kau cuba ambil tahu, walaupun melalui dia?

Hari ni, aku dalam kesempitan. Tapi kau masih ambil kesempatan atas aku. Sebab kau tak tahu dan memang tak mahu ambil tahu pun tentang keadaan aku.

Ternyata persahabatan ini memang cuma pasal kau, bukan pasal kita. Hubungan ini hanya untuk mengisi ruang indah hidupmu, bukan ruang indah hidupku, dan sama sekali bukan untuk mengisi ruang indah hidup kita berdua.

Persahabatan ini hanya untuk kau kongsikan kesusahan kau. Bukan untuk kau kongsikan kebahagiaan kau. Dan bukan untuk aku kongsikan kesusahan dan kebahagiaan aku.

Terima kasih la atas erti persahabatan yang kau tunjukkan. Akan aku ingat sampai akhir hayat erti persahabatan yang kau tunjukkan ni.

Terima kasih sahabat.

No comments: