ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Monday, July 14, 2014

Pertemuan

"Ada sebab mengapa kita mengenali seseorang dalam hidup kita. Sama ada kita perlu mengubah hidup dia, atau dia yang bakal mengubah hidup kita. Allah takkan hadirkan seseorang itu tanpa sebab. Semua pertemuan di antara sesama manusia telah Allah aturkan sebelum kita wujud di muka bumi ini lagi."

Seringkali aku tertanya sendiri, kenapa harus terjadi pertemuan itu. Sedangkan takdir dia dan aku takkan sesekali bertemu.

Mungkinkah, pertemuan itu sebenarnya cuma satu kesilapan? Atau sebenarnya pertemuan itu cuma satu jalan untuk mempertemukan aku dengan seseorang yang lain?

Apa pun alasannya, aku amat bersyukur dengan sebuah pertemuan itu. Kerana dari situ aku mengenali banyak perkara, dan dari situ juga aku belajar erti bahagia.

Alhamdulillah, ya Allah..

1 comment:

banned reason said...

Amin..