ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."
Monday, July 28, 2014
Muhasabah (episod Syawal)
Syawal..
Bukan bermakna kebebasan. Tapi sebenarnya suatu permulaan, setelah sebulan menyucikan diri, jiwa, dan rohani.
Syawal tidak seharusnya menjadi noktah akhir bagi apa yang telah diusahakan sepanjang Ramadhan. Malangnya ramai yang secara tidak sedar telah menjadikan Syawal sebagai noktah segala ibadah.
Kerana terlalu asyik bergembira, kewajipan dilupakan. Sepanjang sebulan Ramadhan, ibadah ditingkatkan. Tapi bila Syawal tiba, ibadah ditinggalkan. Itu yang sering berlaku dalam masyarakat Muslim hari ini.
Cuba kita renungkan, berapa ramai yang mampu istiqamah dengan ibadah yang dilaksanakan sepanjang Ramadhan. Bacaan al-Quran, solat-solat sunat.. berapa ramai yang masih mampu melaksanakan itu semua dalam keasyikan berhari raya.
Jangankan yang sunat, yang fardhu pun belum tentu mampu dijaga. Beginikah cara kita menunjukkan rasa syukur terhadapNya??
Semoga Allah mengurniakan taufik kepada kita agar mampu untuk terus istiqamah. Dan semoga Syawal dan bulan-bulan seterusnya kekal menjadi bulan ibadah buat kita semua.
Ya Allah, kekalkanlah kami dalam hidayah dan kurniakanlah kami taufik dalam menggapai redhaMu.. Ameen ya Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment