ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Saturday, June 28, 2014

Cinta & Rindu

Cinta, sayang, dan rindu. Semuanya datang dari Allah. Hadirnya atas izin Allah, dan perginya juga hanya dengan izin Allah.

Kerana Dia yang memiliki hati setiap manusia, dan hanya Dia yang berkuasa menggerakkan hati para hambaNya.

Tapi, ada kalanya cinta dan rindu yang kita rasa itu bukan datang dari Allah, bahkan daripada nafsu dan tipu daya syaitan semata-mata. Dan kerana kejahilan diri, kita dengan yakin percaya bahawa ia datang dari Allah.

Renungilah dan fahamilah, bahawa cinta yang datang dari Allah takkan sesekali menjerumuskan manusia ke lembah maksiat dan kehinaan. Kerana cinta yang datang dari Allah itu suci lagi terpelihara.

Wallahu a'lam..


* * * * * * * * * *


Cintamu

Jika cintanya itu benar.. dia akan sentiasa menjaganya sebaik mungkin agar kesucian cinta itu tetap terpelihara.

Jika cintanya itu benar.. dia akan berusaha sedaya mungkin untuk mempercepatkan pernikahan.

Jika cintanya itu benar.. dia akan menghormati maruah dirimu bilamana pernikahan itu masih jauh.

Jika cintanya itu benar.. dia takkan sesekali mengaburi cinta itu dengan penipuan.

Jika cintanya itu benar.. dia takkan menghubungimu tanpa urusan sedangkan kalian belum ada ikatan.

Jika cintanya itu benar.. dia akan menghormati kedudukan dan kepentingan walimu.

Jika cintanya itu benar...
Dia akan mengerti...
Bahawa cinta itu suci...
Bukan untuk dicemari...

Tapi jika dia masih tak memahami, maka cintanya itu sebenarnya hanyalah cinta palsu yang berlandaskan nafsu semata-mata.

Jika demikian, maka sebaiknya kau menjauh sebelum cinta palsunya itu menjerumuskanmu lebih jauh ke dalam kesesatan.


Nukilan: GadisCapricorn

Crapped by,                                                  
 

No comments: