"Tidak perlu memulakan hubungan dalam jangka masa terdekat, jika tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi pernikahan yang sah, kerana ianya akan menjadi suatu yang sia-sia."
* * * * * * * * * *
Aku manusia biasa. Kerana itu aku melakukan kesilapan. Walau puas aku cuba mengelak, hubungan itu bermula juga tanpa dipinta. Entah bila dan bagaimana ia bermula aku sendiri tak pasti.
Benarlah, hubungan seperti itu ternyata lebih banyak menyakitkan daripada bahagianya.
Aku manusia biasa. Aku juga ada hati yang ingin difahami. Mahu dimengerti. Tapi mana mungkin ada yang akan mengerti kalau tak ada siapa yang tahu isi hati aku?
Sejujurnya aku dah penat bersembunyi di sebalik penipuan. Aku dah letih memendam segala rasa dan seksa. Sampai bila harus semua ni berterusan??
Aku dah tak mampu menipu diri sendiri. Aku tak mampu teruskan persahabatan dengan insan itu seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku. Aku sakit tengok kebahagiaan dia sedangkan aku cuma mampu memendam rasa.
Aku bukan malaikat. Bukan juga orang suci. Aku cuma manusia biasa yang ada rasa cemburu dan iri hati. Aku bimbang rasa itu akan berubah jadi dengki andai semua ini berlarutan lebih lama lagi.
Ya Allah.. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.. andai semua ini akan mencambahkan sifat-sifat mazmumah dalam diriku dan membuat aku jauh dari-Mu, biarkanlah semuanya berakhir di sini.. jangan ada yang terluka disebabkan aku.. aku mohon ya Allah, Kau peliharalah hati ini dari kekecewaan dan hasad dengki..amin.
No comments:
Post a Comment