ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Friday, March 21, 2014

Nikmat hidup

Setiap manusia diciptakan memiliki takdir yang berbeza. Ada yang bernasib baik dalam semua perkara, dan ada yang cuma bernasib baik dalam sesetengah perkara.

Sebagai contoh, ada yang bernasib baik dari segi kehidupan dan kewangan, tapi kurang bernasib baik dalam bentuk kasih sayang dan kebahagiaan. Banyak duit tapi hubungan keluarga bermasalah, isteri curang, derhaka, anak-anak tak dengar kata. Kerja bagus, jawatan tinggi, tapi jadi andartu atau bujang lapuk, ataupun masih tak dapat anak walaupun dah bertahun-tahun kahwin.

Ada pula yang kurang bernasib baik dari segi kehidupan dan kewangan, tapi dikurniakan kebahagiaan dan kasih sayang yang melimpah ruah. Kerja biasa-biasa, tapi ada isteri yang baik, anak-anak yang soleh dan solehah. Keluarga besar, anak ramai, tapi tak ada pekerjaan tetap.

Tapi kebiasaannya, sebagai seorang manusia, kita cuma akan pejam mata dengan apa yang kita ada, dan lebih melihat pada kekurangan yang ada. Melihat, merenung, berfikir akan kekurangan tersebut. Hingga kadang-kadang ada yang mempersoalkan takdir. Kenapa aku begini? Kenapa nasib aku tak macam orang lain? Kenapa aku diuji dengan ujian ini? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?

Hakikatnya, mungkin kekurangan itu berpunca daripada diri kita sendiri. Mungkin, nasib yang kurang baik itu merupakan kifarah atas dosa-dosa kita yang lalu. Ataupun mungkin itu semua cuma ujian untuk melihat sejauh mana kita mampu bersyukur atas nikmat yang diberikan.

Jadi, daripada kita mengeluh dan mempersoalkan takdir atas ujian dan kekurangan kita, cubalah bersyukur dengan apa yang kita ada. Daripada terus-terusan mempersoalkan takdir, lebih baik cuba renung kembali diri kita. Soal diri sendiri, di mana silapnya kita sebagai manusia. Anggaplah setiap masalah atau kekurangan berpunca daripada kelemahan diri, supaya kita boleh sentiasa perbaiki diri menjadi lebih baik

Ingatlah, Allah takkan menguji hambaNya dengan sesuatu yang dia tidak mampu.

"Maka nikmat Allah yang mana satukah yang hendak kamu dustakan?
(Ar-Rahman)

Crapped by,                                                  
 

1 comment:

samwan sambadi said...

Assalamualaikum..