ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Wednesday, February 5, 2014

My Heart

"Awak diberi pendidikan agama yang cukup tapi masih berhubung dengan lelaki,"

Kata-kata ini buat aku terfikir, salah aku kah bila aku berhubung dengan dia hari ini?

Siapa sebenarnya yang mula-mula ganggu aku dahulu? Siapa yang terlalu degil cuba dekati aku walaupun dah aku tegaskan yang aku tak selesa dihampiri?

Akukah dulu yang cuba mendekati dia? Seingat aku, seumur hidup aku tak pernah cuba dekati mana-mana lelaki. Sekalipun ada rasa yang wujud dalam hati untuk sesiapa, aku lebih memilih untuk diam memerhati. Dah aku tekadkan dalam hati sejak dulu yang aku takkan terima sesiapa selagi belum ada ikatan yang sah.

Tapi salah aku jugakah kalau dia yang berdegil untuk mendekati aku?

Seingat aku, lelaki itu yang tak pernah serik untuk cuba dekati aku walaupun berpuluh kali aku cuba mengelak dan menepis. Seingat aku juga, lelaki itu yang cuba menggoda aku dengan kata-kata usikannya. Jadi, salah aku kah bila aku tergoda?

Kalau dia tak hubungi aku waktu itu, takkan aku berhubung dengan dia hari ini. Tapi hari ini, aku pula yang disalahkan sebab berhubung dengan dia. Dan aku akan terus disalahkan oleh semua orang selepas ini akibat perbuatan dia waktu itu.

Ya. Semuanya memang salah aku. Salah aku sebab berhenti mengelak dia. Salah aku sebab berhenti menepis usikan dia. Salah aku sebab mengakui jatuh cinta sebelum waktunya.

Aku tak sepatutnya berhenti menjauhi dia waktu itu. Sepatutnya rasa itu aku pendam sendiri sepertimana rasa yang sebelum-sebelumnya. Semuanya memang salah aku.

Terima kasih teman kerana menyedarkan kesilapan aku. Terima kasih sayang kerana membuatkan aku sedar bahawa aku ini sebenarnya memang seorang manusia yang sangat hina. Bukan hanya di mata manusia, tapi mungkin di mata Allah juga.

Mungkin.. memang ada baiknya jika dihentikan ini semua supaya kita tak kelihatan hina di mata Dia. Apa pun anugerah ini akan tetap aku simpan, semoga akan ada akhir yang indah nantinya. Amin.


Crapped by,                                                  
 

2 comments:

sambadi samwan said...

Ta senonohnyer laki cam tuh, jauh beza ngan perangai saya, sabor je la.. huhuhu.

Firhan A. said...

yeke? btuah la org yg dpt awk tu kan..sy ni cuma dpt yg ta snonoh aje..sabor aje la..