Satu waktu dulu, bila tengok orang bercinta, selalu rasa cemburu. Nampak macam bahagia betul hidup. Mana taknya, ada orang yang sayang. Tapi apakan nasib, yang aku mampu cuma mengagumi dan menyukai seseorang itu dari jauh.
Hinggalah suatu waktu yang terkemudian, aku berkenalan dengan dia. Dialah yang mengajar aku bercinta, dan dari dia juga aku sedar dan belajar tentang cinta yang sebenarnya.
Mula-mula berkenalan dan bercinta memang rasa indah. Rasa bahagia. Rasa macam di syurga. Macam dalam lirik lagu Sofaz, indahnya rasa bila dicintai.. hidup ini terasa di syurga.
Tapi lepas setahun.. dua tahun.. tiga tahun.. keindahan tu hilang tiba-tiba. Rasa sayang masih sama, cuma entah kenapa jadi macam bosan. Bosan dengan cara bercinta yang sama bertahun-tahun. Bosan dengan ucapan sayang dan rindu yang sama saban hari. Bosan dengan janji yang sama yang entah bila nak ditunaikan. Bosan dengan angan-angan yang sama yang entah akan tercapai atau tak. Bosan dengan ketidakpastian hubungan yang dijalin.
Aku jadi hairan dengan mereka yang boleh bercinta selama bertahun-tahun. Ada yang sampai 8-10 tahun, malah ada yang lebih dari tu.
Bagi aku, tak ada apa-apa yang istimewa pun dengan hubungan yang tak pasti macam tu. Dan bukan cara aku untuk mengharapkan cinta yang tak tahu di mana pengakhirannya dan tak jelas apa matlamatnya. Cara bercinta sebegitu sama sekali bukan untuk aku.
Untuk aku, aku inginkan cinta yang ada pengakhirannya, iaitu pengakhiran akhirat. Aku mahukan cinta yang ada matlamat, iaitu yang menuju Illahi. Aku mahukan cinta yang bermeterai dengan lafaz nikah, bukan cuma berhias dengan lafaz I love you.
So, kepada kamu yang mahu bercinta dengan aku, sila kenalpastikan dulu matlamat kamu. Andai masih belum bersedia melafaz akad, lupakan saja hasrat kamu untuk mendekati aku. Kerana sayang kamu dan kasih aku sahaja takkan cukup untuk buat aku terima kamu.

2 comments:
Bkawan biar seribu, bkasih biar yg 1.
suzuka,
tapi awak tak bkasih dgn yg 1 pun..bkawan biar beribu bkasih biar berempat, heh?
Post a Comment