Tapi bila ter tengok semalam, rasanya macam tak la teruk sangat macam kebanyakan rancangan hiburan lawak yang ada kat Malaysia ni kot. Ada jugak la topik dan isu yang dibincangkan, macam rancangan-rancangan berbentuk forum yang lain. Cuma ia diselang-selikan dengan sketsa komedi yang berkisar pada tajuk perbincangan.
Kebetulan episod yang aku tertengok semalam tu cerita pasal poligami. Aku agak pelik sebenarnya. Kenapa isu poligami ni sensitif sangat sampai selalu jadi topik perbincangan. Tetiba pulak terasa macam nak tulis something pasal ni.
Aku sebenarnya ada pandangan yang tersendiri pasal poligami. Dan kalau perempuan lain baca ni, mungkin aku akan dimusuhi oleh semua perempuan. Silap haribulan blog aku pun kena banned. Tapi pedulik la kan. Ini blog aku, so it's all about pendapat aku dan pendirian aku.
Sebenarnya dari dulu lagi aku ada pandangan yang positif pasal poligami. Sangat positif. Tak kisah la apa orang kata, aku tetap rasa poligami tu something yang indah.
Just imagine, kita ada teman untuk sama-sama jaga suami dan anak-anak. Untuk sama-sama urus rumahtangga. Tak la rasa penat sangat buat semua kerja seorang diri.
So aku sejujurnya memang tak kisah kalau sekiranya aku ditakdirkan untuk hidup bermadu suatu hari nanti. Aku memang dah bersedia mentally and emotionally untuk semua tu. In fact, aku pernah bayangkan hidup dalam suasana macam tu.
But of course, realiti tak seindah khayalan. Sebab untuk nak jadikan ia indah, semua pihak yang terlibat kena tahu dan faham maksud dan tujuan poligami tu sendiri. Perlu ada kerjasama dan tanggungjawab dari semua pihak. Yang penting, iman dan ilmu kena cukup. Dan kalau lihat keadaan kebanyakan masyarakat Melayu Islam kita hari ni, rasanya tak payah la nak cakap pasal poligami. Dengan kaum perempuan yang terlalu pentingkan diri, serta kaum lelaki yang tak sedar kemampuan diri, pengecut, dan lebih memilih untuk hidup dalam penipuan, keindahan poligami kini hanya mimpi semata-mata.
Then something happened in my life yang membuatkan aku mula pandang poligami dari perspektif yang berbeza.
Sebelum ni mungkin aku cuma bayangkan situasi sebagai isteri pertama, di mana aku punya 'kuasa' untuk kawal keadaan. Tapi aku tak pernah bayangkan macam mana keadaannya kalau aku berada di tempat isteri kedua, ketiga atau keempat.
Dan sekarang bila aku cuba fikir semula, dari sudut pandangan yang ketiga, aku sedar yang poligami tu tak selalunya seindah yang dibayangkan.
Sebab tak semua orang berfikiran sama. Bukan semua perempuan bersedia dimadu. Bukan semua perempuan boleh buka hati terima poligami kalau tak bersedia. Dan tak semua perempuan cukup tabah bila kasih sayang suaminya terbahagi. Especially perempuan yang lemah-lembut dan hati rapuh. Macam dia, mungkin.
Kaum lelaki mungkin takkan terfikir pasal semua tu. Dan seorang lelaki takkan boleh faham hati seorang perempuan sepenuhnya walaupun dah 50 tahun hidup bersama. Sebab hakikatnya lelaki dan perempuan tetap berbeza, and so does their way of thinking.
And that's why, sampai sekarang kadang-kadang aku masih lagi keliru. Dan malang la bagi aku sebab tak ada lelaki mahupun perempuan yang memahami aku dan cara berfikir aku yang lain dari yang lain ni.

1 comment:
h0h0.. isu hangat bg sstengah kaum hawa, bkn sstengah tp 99/100 dri kaum hawa sbenarnya.. hehe.
Post a Comment