ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."
Monday, November 4, 2013
Pesanan Buat Pembaca
Assalamualaikum..
Kepada para pembaca blog aku yang aku kasihi.
Untuk pengetahuan korang, blog ni aku buat untuk meluahkan rasa yang tak dapat aku luahkan pada sesiapa. Aku bukan macam korang, ada kawan baik, boyfriend, girlfriend, suami, isteri, atau kekasih yang boleh jadi tempat untuk meluahkan perasaan. Selain mengadu pada Allah, kat sini je tempat aku boleh lepaskan segala rasa gembira, bahagia, sedih, tertekan dan juga kecewa.
Harapan aku bila menulis ialah agar aku boleh ringankan sikit beban dan tekanan yang aku alami.
Tapi kadang-kadang ada pembaca yang langsung tak sensitif dan tak fikir pasal perasaan aku. Ikut suka dia je tulis komen melulu tanpa berfikir. Mungkin korang anggap komen tu biasa, tapi bagi aku komen tu boleh buat aku bertambah stress dan tertekan.
Daripada nak hilangkan stress dengan menulis kat blog, akhirnya aku terus jadi stress berganda-ganda bila baca komen daripada korang.
Jadi aku mohon sangat kerjasama baik daripada para pembaca sekalian. Kalau pun korang tak suka apa yang aku tulis sekalipun, tolong la hormati perasaan aku. Tolong jangan tambah beban yang aku pikul.
Kalau nak tinggalkan komen pun, biarlah komen tu boleh tenangkan jiwa aku dan boleh bantu ringankan stress yang aku alami. Bukan makin buat aku tertekan.
Aku tahu korang memang takkan mungkin faham perasaan aku. Dan aku tak mintak pun untuk korang faham. Sebab memang takkan ada manusia yang faham perasaan aku serta tekanan yang aku alami.
Aku cuma mintak satu je. Tolong hormati perasaan dan jiwa aku. Aku pun nak rasa gembira macam korang jugak.
Lepas ni tolong la jangan bagi lagi komen-komen bodoh dan tak berhati perut yang boleh tambah beban pada jiwa aku. Jangan buat aku tambah stress baca komen korang. Kalau korang tak tahu nak komen macam mana, tak payah komen.
Mungkin korang rasa permintaan aku terlalu berat. Tapi aku rasa sebagai pemilik blog, aku layak dihormati. Macam bila kita datang bertamu kat rumah orang, kita kena la hormat perasaan tuan rumah, kan? Bayangkan korang datang ziarah rumah orang miskin lagi susah, takkan korang datang rumah dia, hina dia, sindir dia lepas tu balik, kan? Unless korang memang jenis manusia yang tak ada hati dan perasaan.
Kalau korang rasa permintaan aku ni terlalu berat untuk korang tunaikan dan rasa nak berhenti baca blog aku, berhentilah. Aku tak kisah kalau tak ada orang baca blog aku pun. Yang penting apa yang terpendam dalam hati aku ni dapat terluah dan aku boleh rasa tenang dan lega.
Terima kasih atas kerjasama korang. Salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wek
tekukur,
ngek
Post a Comment