ruang peribadi tempat meluah rasa, pendapat dan fikiran tentang apa saja. sama sekali bukan tempat yang boleh menjadi rujukan atau sumber maklumat yang boleh dipercayai.
HARAP MAKLUM.
.................................................
".....raihlah apa yg bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah, dan jangan bersikap lemah....."

Sunday, October 20, 2013

Hak hati

Kata orang, cinta tu tak boleh dipaksa-paksa. Actually bukan cinta je kot.

Sebenarnya semua yang berkaitan dengan hati dan perasaan, atau kegemaran dan kesukaan, semuanya datang secara semulajadi dan tak boleh dipaksa-paksa.

Contohnya, aku tak suka pisang. Walaupun orang seluruh dunia suruh aku makan pisang sambil senaraikan berjuta kebaikan dan khasiat pisang dan letak depan mata aku sekalipun, itu tetap tak boleh paksa aku untuk suka pisang.

Sama jugak dengan orang yang suka merokok. Walaupun orang seluruh dunia suruh kau berhenti merokok sambil senaraikan berjuta keburukan dan bahaya rokok depan mata kau sekalipun, kau takkan peduli dan berhenti merokok kalau kau memang dah suka sangat dengan rokok. Betul?

So, apa yang aku nak katakan di sini adalah, tak guna kita suruh orang buat benda yang dia tak suka buat, atau larang orang buat benda yang dia suka buat. Sebab setiap orang sebenarnya ada hak untuk buat apa yang mereka mahu.

Bagi aku, as long as apa yang orang tu buat tak bertentangan dengan syarak, tak haram dari segi hukum, tak mengabaikan suruhan Allah dan tak memudaratkan sesiapa, kita sebenarnya tak berhak untuk halang atau hentikan dia, walaupun mungkin kita tak berapa suka perbuatan tu dan memang mempunyai hak untuk menyuarakannya.

Sekian.



*Update tambahan:
Dalam contoh di atas, merokok sebenarnya bukan 'hak hati'. Sebab merokok boleh memudaratkan perokok dan orang sekeliling, jadi memang wajib untuk dihalang. Maknanya, semua orang lain ada hak untuk melarang dan menghalang perokok daripada merokok. Dan perokok sendiri sebenarnya tak ada hak untuk merokok. Harap maaf atas kesilapan contoh.


Crapped by,                                                  
 

6 comments:

mr. banson said...

Apasal tak suka pisang??

Firhan A. said...

mr banson,

sebelum saya jawab soalan awak, cuba awak jawab dulu soalan saya ni.

awak suka merokok? kalau suka, apasal suka merokok??

mr. banson said...

Rokok xde kena mgena ngan pisang, harap makl0m.

Firhan A. said...

mr. banson,

memang la xde kena mengena, tapi jawapan saya utk tak suka pisang sama dengan jawapan awak utk suka rokok.

tapi awak pun tak boleh jawap kan?? so.. shut up sudah.

mr. banson said...

Blog ni tulis tntang hak jd tu hak saya utk mbezakan antara pisang dn rokok, pisang dn rokok adalah 2 benda yg berbeza, 1 utk kemudaratan dn 1 lg utk kebaikan, jadi awak memang zalim trhadap pisang, apa lah malang nasib pisang bbanding rokok pd pandangan awak, awak memang zalim, sungguh ku tak sangka.

Firhan A. said...

mr. banson,

apasal pulak saya yg zalim?? saya suka pisang ke tak suka pisang ke tak membawa apa-apa kemudaratan pada sesiapa pun. boleh memudaratkan diri ke kalau tak suka pisang?? tak kan??

tapi kalau org suka rokok memang sah-sah boleh membawa kemudaratan pada diri sendiri.

so siapa sebenarnya yg zalim?? ngek..